Selepas imej parti dilacurkan dan Presiden di maki hamun oleh orang luar, apa lagi yang tinggal dalam PAS selain dari hamPAS - hamPAS yang tak berguna?
Jika sebelum ini, PAS Pusat yang bermesyuarat sambil membuat ketetapan untuk turut mencalonkan Azmin Ali selain Wan Azizah jelas ditolak oleh PKR.
Sekarang, ianya menjadi satu persoalan buat mereka yang berada diperingkat bawahan. Apa lagi yang PAS akan lakukan selepas ini?
Itu persoalan yang perlu dijelaskan oleh PAS kepada rakyat. Adakah mereka tetap akan bersekongkol dengan PKR dan DAPigs bagi memenuhi kepentingan peribadi mereka?
Atau adakah mereka sanggup menjadi sebuah parti yang bermaruah dan kekal dengan pendirian yang dibuat sebelum ini? Pilihan kini ditangan PAS sendiri.
Biarpun Hadi Awang tampil menjelaskan bahawa PAS tetap dengan keputusan yang dibuat sewaktu mesyuarat yang diadakan Ahad lalu, namun ianya tak memberi sebarang impak.
Cadangan PAS tu hanya dibakul sampahkan oleh Pakatan Haramjadah sewaktu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan (MPP) yang tetap mahu Wan Azizah sebagai calon tunggal.
Bagi sesetengah pihak yang memang sedia BODOH dan mudah diperlembukan oleh puak - puak Pakatan tu, diorang akan kata yang PAS dah capai konsensus bersama Pakatan.
Namun hakikatnya, PAS tetap dengan cadangan yang mereka buat sebelum ini iaitu menamakan Azmin sebagai calon alternatif untuk menggantikan Khalid sebagai MB.
Realitinya, Pakatan tetap tidak mencapai konsensus dikalangan mereka sendiri. PAS tetap tidak bersetuju dengan pencalonan Wan Azizah sehingga Sultan Selangor menentukannya.
Perkara tersebut juga turut dijelaskan oleh Hadi Awang dalam satu sidang media yang diadakan bersama dengan Nik Aziz berkaitan dengan isu tersebut semalam.
Jadi, dimana letaknya "KONSENSUS" yang dibangga - banggakan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu sebelum ini sekiranya PAS masih dengan pendirian mereka?
Apa yang pasti, isu kemelut kepimpinan Pakatan Haramjadah ni tak semudah itu untuk diselesaikan. Belum tentu lagi pihak istana akan bersetuju dengan cadangan yang dibuat.
Maka, rakyat jugak la yang terpaksa tanggung penderitaan akibat kerakusan nafsu serakah pemimpin - pemimpin Pakatan Haramjadah yang diketuai oleh Si Ketua Penipu tu. Tak puas dia jadi MUNAFIK, jangan la nak diheret orang lain sekali!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.