Ahad, Ogos 31, 2014

"Mung Cakap Banyak Hadi, Kawe Saman Mung!!!" 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus menutup mulut mengenai langkah susulan parti itu berhubung calon yang akan dinamakan sebagai pengganti menteri besar Selangor.

Pembantunya, Mohd Adram Musa memberitahu pemberita bahawa parti itu akan mengadakan mesyuarat Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat bagi membincangkan mengenai isu berkenaan dalam masa terdekat.
"Tuan Guru (Abdul Hadi) tidak mahu bercakap dengan media pada masa ini. Biar perkara ini dibincangkan dahulu, kepimpinan PAS akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata parti itu tidak berhasrat untuk menentang konsensus Pakatan Rakyat dengan menamakan calon PAS untuk jawatan menteri besar.

Selasa lalu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Baginda meminta parti-parti dalam Pakatan Rakyat supaya mengemukakan lebih daripada dua nama untuk dipertimbangkan sebelum dilantik ke jawatan itu.

Sehingga kini PKR dan DAP berkeras untuk hanya mengemukakan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal.

Bagaimanapun PAS sudah menyatakan hasrat untuk mengemukakan tiga nama ADUN dari kalangan PKR sebagai pengganti Khalid.

Sebelum ini PAS pernah menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua untuk dilantik ke jawatan itu.

PS: Tindakan Si Hadi Awang tu dilihat sebagai satu tindakan yang jelas bertentangan dengan perjuangan asal puak - puak Pakatan Haramjadah tu.

Dalam erti kata lainnya, Si Ketua Penipu tu BERJAYA menghapuskan Hak Kebebasan Bersuara sehingga mampu membuatkan Presiden PAS terpaksa berdiam diri. Banyak bercakap nanti, takut kena saman pulak!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping