Rabu, Ogos 06, 2014


Huh!!! Pelik juga melihat perangai puak - puak Pakatan Haramjadah dari kalangan pemimpin - pemimpin PAS tu sejak kebelakangan ni. Bebal diorang ni tak sudah - sudah.

Jika sebelum ini, Si Nasa Tantawi dan seorang Ulama PAS dikritik melalui sebuah blog Pro PAS kerana meluahkan pandangan mereka mengenai isu kemelut MB Selangor.

Penulis Blog tersebut turut melabelkan Si Nasa Tantawi sebagai 'Lidah UMNO BN' manakala ulama PAS tu dianggap memalukan memalukan diri sendiri.

Semuanya hanya kerana mereka menegur tindakan pemimpin Pakatan mengenai kemelut kepimpinan yang melanda pada ketika ini didalam laman media sosial.

Blogger Pro PAS tu menganggap tindakan dua orang pemimpin PAS itu sebagai membelakangi arahan parti yang dikeluarkan sebelum ini agar menutup mulut.

Arahan yang dikeluarkan oleh Si Pak Mus selaku Setiausaha Agung PAS Pusat itu adalah berikutan tersebarnya kiriman sms melalui aplikasi Whatsapp sebelum ini.

Penyebaran sms itu telah menimbulkan kekecohan dikalangan pemimpin Pakatan hingga ada yang menyifatkannya sebagai satu tindakan 'Pengkhianat' terhadap Pakatan.

Namun, apa yang dilakukan oleh blogger Pro PAS tu dilihat hanya berat sebelah. Kenapa dalam blog dia, tak de pulak dia tegur tindakan Si Hanipa Maidin tu?

Kenapa blogger Pro PAS tu tak kecam penyertaan Hanipa dalam forum yang dianjurkan bersama dengan PKR dan DAPigs serta beberapa NGO malam semalam?

Kenapa pulak tindakan tersebut tidak dianggap membelakangkan arahan yang telah dikeluarkan oleh PAS agar menutup mulut dari membicarakan isu berkaitan MB Selangor?

Tambah buruk ialah apabila Si Hanipa Maidin tu bukan sahaja memburukkan lagi keadaan, malah dia juga turut mengkritik pendirian yang telah dibuat oleh Hadi Awang sebelum ini.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Hanipa malam semalam, pendirian Hadi Awang tu hanya dianggap sebagai pandangan peribadi biarpun dia merupakan Presiden PAS.

Hanipa juga dalam kenyataan menganggap Hadi Awang tu sebagai bukan maksum dan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan pendirian PAS dalam sebarang isu yang dibangkitkan.

Nah!!! Itu membuktikan bahawa Hanipa jauh lebih bernafsu dalam memberikan pandangan jika nak dibandingkan dengan pemimpin - pemimpin lain dalam PAS.

Kenyataan yang dibuat oleh Si Hanipa tu dilihat lebih memburukkan lagi keadaan dan mencemar nama baik Hadi Awang sebagai Presiden PAS secara terbuka.

Persoalannya, kenapa blogger - blogger Pro PAS tak nak pulak kecam tindakan yang dilakukan oleh Si Hanipa Maidin tu yang mengkritik Presiden parti sendiri?

Kenapa diorang hanya berani mengecam pemimpin - pemimpin yang menentang cadangan Si Ketua Penipu tu mencalonkan isteri dia sebagai Menteri Besar Selangor? Kot ye pun diorang cari makan dengan Si Ketua Penipu tu, jangan la sampai memalukan diri sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping