Pergolakan politik dan perebutan jawatan menteri besar Selangor tidak akan berkesudahan walaupun pilihan raya baharu diadakan dalam masa terdekat, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau menyifatkan krisis politik di negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu sebagai 'sandiwara' dan berpunca daripada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang sentiasa mencuba untuk menjadi Perdana Menteri negara ini.
"Boleh ada pilihan raya baharu, tetapi saya tak fikir ia akan selesaikan masalah selagi Anwar tak jadi Perdana Menteri (PM).
"Kalau bagi dia (Anwar) jadi PM satu bulan, saya ingat dia (Anwar) puas hati, tapi dia (Anwar) tak akan lepas (jawatan PM)," katanya apabila diminta mengulas krisis politik di Selangor.
Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri diskusi bertajuk 'Evolusi Identiti Anak Muda Malaysia' anjuran Akademi Belia di Perdana Leadership Foundation, Sabtu.
Selangor menghadapi krisis kepimpinan apabila PKR memecat Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim setelah enggan mematuhi arahan parti supaya meletak jawatan.
Desakan tersebut dibuat agar dia memberi laluan kepada isteri Si Ketua Penipu tu yang juga merupakan Presiden PKR untuk menggantikannya.
Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata, Khalid Ibrahim masih mempunyai hak untuk memilih sesebuah parti politik yang dirasakan sesuai buat dirinya.
"Dalam demokrasi kita bebas masuk parti, bebas keluar parti. Khalid ini dulu orang Umno. Dia masuk Pakatan, Keadilan (PKR). Sekarang ini dia (Abdul Khalid) tidak setuju dengan PKR, itu dia punya hak," kata beliau.
PS: Dalam erti kata mudahnya, Si Ketua Penipu tu boleh diibaratkan seperti Dajjal yang memang suka menghuru - harakan orang tak tentu arah!!!
Semua yang dia lakukan selama hari ini adalah demi untuk memenuhi nafsu serakah Politik dia sorang diri. Bukannya dia nak memperjuangkan rakyat sangat pun!!!
kenapa orang Malaysia masih suka anwar sampai tak mahu menuntut anwar supaya disisihkan...anwar tidak memberi apa kebaikan pada Negara, pada orang ramai, cuma yang ada habuan dan boleh di beli akan tetap bersama dia. kita rakyat biasa patut jangan peduli siapa dia . sudah 16 tahun dia menipu kita...tapi kita semua buat bodohkan diri..sampai masa kita pandaikan diri dengan menolak anwar...
BalasPadamSelagi ada godaan syaitan....
BalasPadamOrg klu dh teruk sgt kena tipu x nk ngaku dia mmg kena tipu...malu wooo...so terus je la x ngaku x kena tipu...wp satu dunia dh tsu sah2 dia kena tipy
BalasPadamSaya minatdgn Tun DR M, alangkah beruntung nya MALAYSIA mempunyai pemimpin Melayu yg bijak bersih akhlak nya, berwawasan sepanjang hidup beliau verjuang utk agama bangsa dan negara.Harap ada lah lagi perganti seperti beliau.
BalasPadam