Jumaat, Ogos 08, 2014


Heh!!! Si Ketua Penipu a.k.a KETUM tu perlu baca dan fahami artikel yang dikeluarkan dibawah ni supaya dia tak meroyan macam orang yang hilang akal.

Dan bagi mereka yang anggap sebelum ni Si Nik Aziz tu buat pendirian secara peribadi, pun boleh jugak tumpang baca kenyataan yang dikeluarkan dibawah ni.

Baca betul - betul dan fahami maksud yang cuba disampaikan. Jangan nak diikut sangat nafsu gelojoh yang songsang tu tak tentu arah. Bawak - bawak sedar diri sikit. Jangan setakat pandai nak memalukan diri sendiri je kerjanya!!!
Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan Pas, bahawa dasar Pas ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha Pas adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara".

Maka, Majlis Syura Ulama Pas yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:
"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat (PR) untuk meneruskan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas PRU13.
Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulama Pas memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah maka Majlis Syura Ulama bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.


Majlis Syura Ulama menegaskan sekali lagi bahawa Pas akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus  memberi komitmen bersama PR.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Salam,

    Kepada Ustaz Nasharuddin Tantawi, saya cadangkan biar Lim Guang Eng dari DAP teruskan niatnya untuk menyaman Ustaz.

    Walaupon semuanya pengomen di atas ketawakan saudara, termasok penulis, tetapi PERCAYALAH... Lim Guang Eng nie Gertak ajer lebih, dia tak akan berani Projek Mega nya di Pulau Pinang dijadikan bahan bacaan untuk semua orang, bagaimana, sebua company rm2.00 modal berbayar diluluskan kerajaan negeri.

    Walaupon Gah hanya pada nama, pentertaan konsortium di belakang seperti CRDD BUGC dan dua lagi local company, but as China Government Rulling, NOT any of its investment arm could transfer a borrowed monies from the Government Bank abroad with a proper documentation in hand such as, LOA, and other sort of documentation.

    Jadinya at the time of award, company sememangnya tak layak... Jadi kenapa Puak Pembangkang selalu menuduh Kerajaan Memberikan Kontrak kepada company RM2.00, (sebelum Sysrikat Induk memasokkan duit).. Jadi caranya adalah sama yang di amalkan oleh kerajaan Barisan Nasional..

    Mana kelebihan Guan Eng? Tak der, cara sama ikut BN, Rasuah? Tak Der? Bohong...

    Jadi ustaz, biar Guang Eng saman, hjadi umum boleh tahu berapa banyak company yg masuk...

    Apakah ada rundingan terus untuk kontrak sehingga Local Giant (yang juga ada giant Funder Company dibelakang) kalah kpd company RM2.00

    Bukalah Mata... Jangan percaya dan terima Gunag Eng cakap.. Jangan Jadi Bodoh

    BalasPadam
  2. Hey os bastad, gali terowng gaza sendiri bikin chip what

    BalasPadam
  3. Biasnya saman tu cakap sekarang dalam akhbar maka rakyat tahu lge hebat dan berani. tapi bila sampai mahkamah minta swlwsai diluar. bab selwsai diluar ni rakyat dah kupapun apa kes sebenar. itulah cara pemimpin pr tipu rakyat. akhbar tak ulas cerita luar mahkamh secara detail maka cerita jadi senyap gitu. itu yg maksud nya lge gertak aje

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping