Rabu, Ogos 27, 2014


Episod baru bagi kemelut kepimpinan Pakatan di Selangor telah membuka tirai ekoran titah yang dikeluarkan oleh Tuanku Sultan Selangor semalam.

Namun keengganan PKR dan DAPigs untuk tunduk kepada titah yang dibuat membuktikan bahawa wujud gerakan subversif yang direncanakan oleh Si Ketua Penipu tu.

Hakikatnya, semua orang tau yang Si Ketua Penipu tu masih menyimpan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia "At All Cost".

Maka tak mustahil sekiranya dia sanggup lakukan apa sahaja demi memenuhi nafsu serakahnya untuk mencapai cita - cita tersebut.

Si Ketua Penipu tu sedar bahawa dia tidak akan diterima sebagai Perdana Menteri berdasarkan reputasinya sebagai seorang Banduan yang kantoi meliwat.

Lain la kalau dia kantoi sewaktu nak mempertahankan maruah Negara dan dipenjarakan kerana memperjuangkan hak rakyat. Boleh jugak la diterima akal.

Tapi ini tidak. Dia kantoi sebab dia dah melakukan jenayah seksual terhadap bekas pembantu peribadinya sendiri. Siapa yang nak ber-Perdana Menteri-kan seorang Peliwat?

Maka, satu langkah yang drastik perlu diambil iaitu dengan mempertikaikan kuasa Raja - Raja Melayu dalam menentukan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri.

Kita kena ingat, Perlembagaan Negara menetapkan, jawatan sebagai Perdana Menteri juga perlu mendapat perkenan dari KDYMM Yang Di-Pertuan Agong.

Jadi, untuk menghapuskan kuasa eksekutif tersebut, Si Ketua Penipu tu mulakan dengan dengan menghapuskannya diperingkat Negeri. Dan Selangor menjadi sasarannya.

Perlu juga kita ingat. Antara tujuan utama agenda Langkah Kajang adalah untuk merintis jalan ke Putrajaya. Jadi, tak mustahil perkara tersebut juga turut disenaraikan.

Dengan hilangnya Kuasa Eksekutif Raja - Raja Melayu untuk menentukan jawatan seorang Menteri Besar, maka ianya boleh diangkat ke peringkat yang lebih tinggi.

Tanpa kata putus dari Yang Di-Pertuan Agong, maka mudah la Si Ketua Penipu tu nak merealisasikan impian dia dan memenuhi nafsu serakahnya selama hari ini.

Dalam erti kata lainnya, tujuan sebenar Si Ketua Penipu tu adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Republik yang hanya ada seorang Presiden.

Maka sebab itulah kita lihat puak - puak PKR tu disokong kuat oleh DAPigs yang sememangnya berhasrat untuk menghapuskan kuasa Raja - Raja Melayu.

Dan tak pelik la kalau dalam isu di Selangor, mereka bersekongkol untuk terus mencalonkan satu nama sahaja sebagai calon tunggal untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

Nah!!! Sekarang semuanya sudah jelas didepan mata kita biarpun perkara itu tidak dinyatakan secara terang - terangan. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia?

Adakah kita mahu Malaysia berubah menjadi sebuah Negara Republik seperti Singapura? Yang itu, korang kena tanya diri sendiri la. Jangan bila dah terantuk nanti, ada yang nak salahkan orang lain pulak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Bukan setakat republik, boleh jadi banana republic dengan Anwar sebagai president for life.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping