Jumaat, Ogos 08, 2014


Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan supaya tidak mengheret Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam konflik dalaman parti itu berhubung isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Malah parti itu dianggap berniat jahat apabila mendakwa SPRM melakukan siasatan secara selektif berhubung dakwaan salah laku dan pecah amanah terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull bagaimanapun menegaskan bahawa badan itu tidak pernah mengamalkan siasatan  yang memihak kepada mana-mana pihak.

"Sebagai sebuah badan yang bebas, telus dan profesional, SPRM menganggap dakwaan Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa SPRM melakukan siasatan selektif dan bahawa 'pasti SPRM' akan mengumumkan Tan Sri Abdul Khalid tidak ada kes kelak, adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap SPRM.

"SPRM ingin mengingatkan supaya pihak berkenaan jangan cuba mengaitkan SPRM dalam isu pergolakan politik PKR tanpa asas yang kukuh," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang menyiarkan kenyataan Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR bahawa SPRM akan melakukan siasatan secara berat sebelah terhadap Abdul Khalid.

Tambah Mohd Shukri, SPRM akan menjalankan siasatan dengan adil dan telus setiap kes yang mengandungi unsur rasuah mengikut peruntukan Akta SPRM 2009.

"Jadi kenyataan Saifuddin bahawa SPRM mengamalkan siasatan selektif adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

"SPRM ingin menegaskan bahawa mana-mana aduan atau maklumat yang diterima dan mempunyai asas akan disiasat tanpa mengira latar belakang politik, bangsa, agama, pangkat, jawatan dan sebagainya," katanya.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Dia SiputDin ni pun kekadang sendiri buat selective juga sewaktu ingin memincit jerawat yang dah matang dengan tidak matang kalau tak takkan dia boleh kata macan tu.

    BalasPadam
  2. PKR akan heret semua agensi dan semua menteri bn dalam isu mb swlangor ni
    al juburi rwngah dok fikir bagai mana wan omega boleh jadi mb

    BalasPadam
  3. GILA LAH INI PARTY kasi susah rakyat saja,itu DAPIG ketawakan kamu semua, bangang betullah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping