Jumaat, Ogos 08, 2014


Halahai!!! Apa la nasib Si Wan Omega ni ek. Rupanya nama dia pun tak laku jugak dikalangan pemimpin - pemimpin PKR di 8 buah Negeri.

Diulangi, 8 BUAH NEGERI!!! Bukan satu dua Negeri je yang tak nak dia jadi Menteri Besar Selangor. Tapi 8 BUAH NEGERI sebulat suara nak Azmin jadi calon MB.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sendiri dalam satu kenyataan media yang dibuat semalam bersama Setiausaha PKR Negeri.

Katanya, lapan buah Negeri itu semuanya bersetuju agar nama Azmin turut dicalonkan sebagai pengganti Khalid Ibrahim sekiranya ada yang menolak pencalonan Wan Omega tu.
"Jelas kita hormat pandangan akar umbi dan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor berharap semasa di Mesyuarat Pakatan Rakyat, nama Azmin dibawa bersama.

"Mana tahu PAS tidak setuju dengan Wan Azizah, jadi sudah ada pilihan kedua," kata beliau kepada Antarapos. 


"(Namun) akhirnya sesiapa sahaja yang diputuskan,  kami PKR Selangor akan akur dan terima. Kami berhak mengemukakan cadangan balas kerana ia melibatkan negeri kami," kata  Shuhaimi.
Lapan buah Negeri tu termasuk Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Kelantan dan juga Sarawak.

Jika sebelum ini, Si Mak Lampir tu tampil dalam satu sidang media menjadi kecoh apabila kenyataan yang dia buat jelas bertentangan dengan kenyataan yang diedarkan.

Namun penafian yang dibuat oleh Si Mak Lampir tu dibidas oleh Suhaimi. Katanya, mungkin Si Mak Lampir tu telah melakukan kesilapan yang tidak disengajakan.

Heh! Macam mana pulak benda macam tu pun boleh jadi "Tak Sengaja" ye tak. Takkan la Si Mak Lampir tu tak datang mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri?

Sedangkan keputusan untuk mencalonkan Si Azmin tu telah dipersetujui oleh semua Ahli MPN. Jadi, macam mana pulak Si Mak Lampir tu boleh ambik tindakan 'Tak Sengaja'?

Kot ye pun Si Suhaimi tu nak 'coverline' untuk Si Mak Lampir tu, jangan la sampai tahap nak memperbodohkan orang lain. Cakap terus terang sudah la. 

Hakikatnya, rakyat tak sebodoh yang dia sangkakan. Tapi rakyat cerdik dalam menilai tindakan mereka. Dah memang sah Si Mak Lampir tu menghadapi tekanan untuk menyokong Si Wan Omega tu sorang je. Jadi, tak payah la Si Suhaimi tu nak MENIPU!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping