Rabu, September 10, 2014

Kalau sebelum ni, sibuk bebenar Presiden PASMa-Cai tu kecam tindakan yang dilakukan oleh Hadi Awang dalam menangani isu kemelut MB Selangor tu.

Tapi dalam masa yang sama, pemimpin PAS Kedah tu sendiri tidak mendapat sokongan dari penyokong dari peringkat akar umbi parti itu di Kedah sendiri.

Sebaliknya, PAS Kedah menegaskan pendirian dan meminta agar semua pihak menghormati keputusan serta tindakan yang telah diambil oleh Hadi Awang sebagai Presiden.

Ketua Penerangannya berkata, tindakan dan usaha merungkai keputusan yang dibuat oleh Abdul Hadi serta cubaan untuk menghakis dasar-dasar Islam untuk memenuhi kehendak pihak lain, kelak boleh memberi kesan buruk kepada Islam dan parti.
“Kesannya akan terpalit bukan sahaja pada masa ini tetapi juga pada masa depan. Pas Kedah menyokong penuh pendirian dan langkah Abdul Hadi dalam menangani hal ehwal politik semasa, khususnya kemelut pencalonan Menteri Besar Selangor daripada PR,” katanya.
Menurutnya, keputusan itu selari dengan peruntukan Perlembagaan Pas yang menjelaskan bahawa Presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara melibatkan kepentingan parti.

Tambahnya, menjadi kewajipan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan daripada Presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m).
“Berdasarkan tafsiran dan pendirian Majlis Syura Ulama ini, dan disokong Dewan Ulama Pas Pusat, Pas Kedah tidak nampak sebarang sebab untuk tidak bersama dengan pendirian dan tindakan Abdul Hadi,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, usah la Si Phahrolrazi tu nak jadi petualang dalam PAS dan merosakkan parti tu demi untuk kepentingan orang lain.

Cukup - cukup la dosa yang dia buat sewaktu Allahyarham Tan Sri Azizan hidup dulu. Jangan la dia tambah dosa dengan buat benda yang bukan - bukan terhadap Hadi Awang pulak!!! Takut nanti, apa benda pun dia tak dapat!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. kita kenai sangat mamat di atas tu geng kuat nwar...masa dia student lagi dia ni dah geng rapat nuar, tak heran lah kalau dia sentiasa mengipas nwar, kut kut dapat jadi ahli cabinet nwar...pahrol woi..berpegang lah kepada kebenaran...orang lain yang bijak pandai dah ramai tinggalkan anwar..hang dapat jadi engineer pun sebab policy kerajaan BN..hang dapat ngaji kat UM ke dulu?,..tak kan..sebab kerajaan BN adakan banyak university hang dapat lah ngaji kat UTM,,ITK masa tu..ingat tak anwar tipu hangpa kes ubi gadong...mana ada betui..

    BalasPadam
  2. Sayang MB Kedah sekarang tak nak panjangkan kes PAS Kedah semasa memerintah Kedah. Kalau tidak kita semua akan dapat tahu cerita sebenar siapa pahrolrazi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menteri besar Kedah sekarang orgnya baik, berkerja utk raayat.

      Padam
  3. Kalau dah bahlol tu, tak ke mana pegi nya, bahlol kat situ jugaklah......

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping