Selasa, September 16, 2014

#PRKPengkalanKubor - Wah!!! Bukan main hebat lagi Mursyidul Am PAS ni ye. Berani dia langgar perintah dan arahan yang telah dibuat oleh parti sendiri.

Kalau orang lain, dah tentu diorang akan dikenakan tindakan kerana engkar dengan arahan parti. Tapi disebabkan nama dia Nik Aziz, maka dia terkecuali.

Itulah hebat tak hebatnya orang yang dianggap sebagai "Wali Keramat" oleh sesetengah ahli dikalangan penganut - penganut PAS tu sebelum ini. 

Kalau sebelum ini, PAS Kelantan telah mengeluarkan arahan agar tidak menjadikan isu berkaitan dengan Royalti Minyak dijadikan bahan berkempen di Pengkalan Kubor.

Katanya, tindakan tersebut diambil untuk membuktikan bahawa dakwaan Barisan Nasional sebelum ini adalah tidak benar. Maka sebab itu arahan tersebut dikeluarkan.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya akan membuat laopran kepada pihak berkuasa jika mana-mana pihak termasuk Barisan Nasional (BN) membangkitkan kes tuntutan royalti itu. 
"Saya ingin mengingatkan bahawa isu royalti masih kes mahkamah. Jika mana-mana pihak terutama kerajaan cuba bangkitkan perkara ini kemungkinan kita akan membuat laporan," katanya kepada pemberita di Pusat Media PAS di sini, hari ini.
Tetapi dalam masa yang sama, Si Nik Aziz tu boleh pulak mempertikaikan mengenai tindakan Kerajaan Pusat menubuhkan JPPK dan mempersoalkannya.

Yang lebih menghairankan ialah apabila Si Nik Aziz tu kata Kerajaan Pusat membayar duit wang ehsan yang dijanjikan kepada orang yang tak sepatutnya.

Soalnya sekarang, siapa yang sepatutnya dapat wang ehsan tu jika bukan rakyat Negeri Kelantan sendiri? Bukan ke itu yang dijanjikan oleh Rejim PAS Kelantan sebelum ini?

Katanya, duit royalti tu akan digunakan untuk diberikan kepada rakyat. Setakat hari ini, JPPK telah pun menyerahkan wang tersebut kepada mereka yang layak.

Kalau pun duit tu diberikan kepada Rejim PAS Kelantan, belum tentu lagi ianya akan disalurkan kepada mereka yang sepatutnya. Jadi, buat apa Si Nik Aziz tu nak bising - bising? Duduk diam - diam kat rumah sudah la. Jangan sibuk dengan kerja orang lain!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Kerana sibuk dengan tahalul siyasi, tidak peduli lagi yg bunga2 telah mula muncul melayu akan dipinggirkan... dan pasti akan dipinggirkan...

    BalasPadam
  2. X abes2 dgn duit royalti minyak klantan,nmpk sgt puak2 ni pmalas nk mampos.kire nk duit cara snang je,knp x tanah klantan yg pnya luas x d bangunkan?knp x blh tarik plabur luar msok utk majukan ngri & rkyt klantan sndri?cmni nk brangan nk printah mlysia?pembangunan ngri pn xde,ekonomi pn slow cmne klantan nk maju.org klantan sndri pn xnk dok kt ngri sndri,lbh slesa cri mkn kt ngri lain.tu

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping