Selasa, September 16, 2014

PAS dilihat semakin ketandusan ideologi dengan memainkan isu ketokohan agama calon sebagai modal berpolitik pada PRK Pengkalan Kubor, kali ini.

Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, tindakan tersebut juga dilihat sebagai memperlekehkan gelaran ustaz kepada calon BN, Mat Razi Mat Ail.
"Ini bukan satu isu pun, apa yang penting calon BN sendiri tidak pernah mendakwa mendakwa dirinya ustaz, beliau (Mat Razi) buka madrasah dan sebab itu dipanggil masyarakat sekeliling sebagai ustaz.
"Artis-artis yang masuk PAS juga digelar ustaz dan ustazah, tidak ada siapa pun nak mempertikaikannya, maka ia bukan isu pun sebenarnya," katanya kepada media di sini, hari ini.
Beliau mengulas isu PAS mempertikaikan gelaran 'ustaz' yang dipanggil kepada Mat Razi walaupun calon BN itu memiliki pondok agama sendiri sebelum ini.

Menurutnya, panggilan ustaz yang merujuk kepada maksud guru,tuan,ketua ataupun profesor di negara-negara Arab itu tidak sepatutnya dipolemikkan pembangkang.

Beliau berkata, pembangkang kini dilihat lebih beremosi dan ketandusan ideologi sehingga menimbulkan isu-isu yang tidak sepatutnya membelenggu pemikiran masyarakat.
"Ini semata-mata mahu membunuh karektor calon BN, cara Islam yang sepatutnya ialah bersaing secara sihat dan bukannya mengkritik gelaran itu," katanya.
Fathul berkata, kenyataan itu agak memalukan apabila ia didakwa dari Pas sedangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini menyebut syarat menjadi menteri besar tidak semestinya seorang ulama. - seterusnya...
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan “Selamat ulang tahun ke-7 Datuk Seri Anwar As-Syeikh Al-Juburi sebagai PM ke-6 Malaysia”. Semoga bertambah pembohongan dan terus menipu pencacai PR hendaknya…

    BalasPadam
  2. Saya doakan Nuar Al Jubori Cepat2 Masok Jel, habis tamat riwayat kat dalam Jel...

    Selamat Sedia Masok Jel...

    BalasPadam
  3. sg buloh welcome you my brother nuar al juburi.enough is enough.

    BalasPadam
  4. Allahhuakhbar ...rakan2 jangan lah gitu.... Bagi la can utk jadi PM sekali aje. Bini jadi MB sekali aje..... jadinya bila berihat di Istana Sg Buloh tenanglah jiwa....ha...haa...haa.. Tergolek2 aku ketawa......sakit perut.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping