Selasa, September 02, 2014


Heh! Nampak gayanya Si Ketua Penipu tu terus dibontotkan oleh puak - puak PAS bila diorang ambik tindakan seperti yang dilaporkan dibawah.

Dengar katanya, PAS Selangor telah menghantar nama - nama calon dari kalangan ADUN Pakatan untuk jawatan Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Si Khalid Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, nama - nama wakil rakyat itu dihantar kepada pucuk pimpinan untuk dipersetujui sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Di peringkat Selangor kita telah serah beberapa nama kepada pusat dan terpulang kepada Pas Pusat nama-nama yang mereka nak berikan kepada Sultan.
"Kita sendiri tidak dimaklumkan siapa calon yang dipilih (oleh Pas Pusat) dan kita terima siapa sahaja yang dicalonkan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada 26 Ogos lalu, Sultan Selangor menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga menteri besar baharu dilantik.

Baginda menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (Pas, PKR, DAP) supaya masing-masing mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan bagi jawatan itu, selewat-lewatnya esok (3 September).

Baru-baru ini Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dipetik sebagai berkata Pas tetap mengemukakan dua calon iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan timbalan presiden parti itu Azmin Ali.

Dalam satu laporan portal berita, beliau berkata Pas akan berpegang dengan keputusan Jawatankuasa Pas Pusat pada 17 Ogos lalu yang mahu Azmin dicalonkan sebagai calon kedua untuk dilantik ke jawatan itu. 
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping