Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan tiga hari mulai 5 Januari depan untuk mendengar kes saman fitnah yang dikemukakan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail terhadap Nurul Izzah Anwar dan Saifuddin Nasution berhubung pembelian unit kondominium.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamar apabila ia dibawa untuk pengurusan kes setelah mengadakan perjumpaan dengan peguam Jeffrey John, yang mewakili Mohamad Salleh, dan peguam Azura Adnan, yang mewakili Nurul Izzah dan Saifuddin.
Jumaat lepas, kedua - dua pihak yang terlibat dalam kes tersebut gagal mencapai penyelesaian bagi saman itu melalui proses mediasi.
Pada 24 Disember 2013, Mohamad Salleh, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), dan syarikatnya memfailkan saman dengan mendakwa Nurul Izzah membuat kenyataan berhubung pendedahan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa Mohamad Salleh membeli lapan unit kondominium KL Eco City menggunakan dana yang diperuntukkan kepada NFCorp.
Kenyataan Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu telah disiarkan melalui laman portal Malaysiakini TV pada 7 Mac 2012.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh berkata, kenyataan Nurul Izzah itu membawa maksud beliau dan keluarganya menyalahgunakan dana NFCorp untuk membeli unit kondominium berkenaan untuk kegunaan sendiri.
Sebagai rekod, Nurul Izzah pernah berhadapan dengan kes saman fitnah yang dibuat terhadap calon Barisan Nasional bagi kawasan Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik selepas Pilihan Raya Umum yang lalu.
Kesudahan kes tersebut, Nurul Izzah membuat pengakuan memfitnah Raja Nong Chik pada malam sebelum Pilihan Raya Umum dan mengeluarkan kenyataan meminta maaf.
Kesimpulannya, Si Nurul Izzah tu ada tempoh yang cukup panjang untuk ambik tindakan yang sewajarnya. Dia ada tempoh kurang dari 6 bulan.
Tapi, mungkin kali ini dia nak kes tersebut dibicarakan didalam mahkamah sebab dah fobia buat pengakuan terbuka seperti sebelum ini.
Jadi, kita tengok la keputusan yang akan dicapai kelak. Adakah Si Nurul Izzah tu akan kantoi sekali lagi atau adakah dia dapat membuktikan dakwaan yang telah dibuat? Jangan penyudahnya nanti dia memalukan diri sendiri sudah la!!!
Fitnah lebeh besar dosanya dari membunuh.wajah cantik perangai hodoh.
BalasPadamapasal lambat sangat tarikh tu.. kalau cepatkan tak boleh ke..
BalasPadam