Isnin, September 08, 2014

Heh! Kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha PAS Selangor ni ada jugak yang salah tafsir rupanya. Ada yang pandang ianya dari sudut yang berlainan.

Jika dibaca secara dasarnya, memang tujuan Setiausaha PAS Selangor ni hanya sekadar menyatakan kekecewaan terhadap tindakan yang dilakukan oleh PKR.

Dalam kenyataan memang dia mintak supaya PKR akur dengan titah Sultan dan tidak dilihat menentang institusi Raja - Raja Melayu.
"Pas Selangor ingin menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kemurkaan baginda tuanku Sultan Selangor atas kejadian yang telah berlaku.... kita tidak akan kemana-mana apabila menentang institusi Raja ini," ujar setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan hari ini.
Tetapi, ada dikalangan penyokong PKR tak memandang saranan yang dibuat oleh Setiausaha PAS Selangor tu hanya sekadar peringatan itu sahaja.

Malah ada yang melihat kenyataan itu tidak dibuat secara umum. Sebaliknya ada 'Udang disebalik Batu'. Kiranya diorang anggap PAS ni ada muslihat tersembunyi.

Mungkin hari ini Setiausaha PAS tu menjuruskan kepada titah tuanku untuk mencalonkan lebih dari satu nama untuk dipertimbangkan. Dimasa akan datang macam mana pulak?

Sekiranya Sultan memilih salah seorang ADUN PAS untuk diangkat menjadi Menteri Besar seperti mana yang dilaporkan sebelum ini (Klik Sini), macam mana?

Adakah PAS tetap mahu PKR menghormati dan akur dengan titah Sultan? Atau adakah PAS sendiri akan menjadi penderhaka dan engkar kepada Sultan?

Perlu diingatkan! PAS juga turut hantar nama calon dikalangan ADUNnya sendiri untuk dipertimbangkan bagi jawatan Menteri Besar Selangor tu.

Walaupun sebelum ini PAS melalui Timbalan Presidennya menyatakan bahawa mereka akan menolak pencalonan tersebut, soalnya adakah mereka sanggup menjadi Penderhaka?

Kesimpulannya, Pencacai - Pencacai PKR tetap melihat PAS sebagai Pengkhianat kepada Pakatan diatas tindakan yang telah dilakukan. Dan dalam masa yang sama mereka akan terasa diri mereka lagi BODOH sebab PAS lagi bijak merampas kuasa!!!
Categories: , ,

4 ulasan:

  1. Kita bukan tak mau akur semut, kita tak mau hana yoh dan ambiga masam muka sama kita.

    BalasPadam
  2. Kita nak tenguk DAP turun berdemonstrasi anti-raja tanpa PAS.... baru senang cerita.

    BalasPadam
  3. Kita mau demo itu pas celaka tak mau kasi,kkita satu sen tak bayar mau punya, mati la lu orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lu pun sama mati, hidup dudah senang pun mau kasi sudah negara bodoh punya org, pergi balik negeri Cinalah lu punya datuk ada tunhhu, pergilah........

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping