Isnin, September 08, 2014

*Harap - harap, puak - puak PKR tu berhati - hati sikit dengan Si Ketua Penipu tu. Takut nanti dia diserang sakit jantung pulak lepas baca laporan ni!!! Di tikam dari belakang ni lagi sakit dari kena liwat!!!

Kuala Lumpur – Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu Jumaat ini.

Mengikut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka akan memberi perkenan untuk melantik Iskandar untuk menerajui kepimpinan negeri bagi mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah hilang sokongan  majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
“Saya difahamkan, tindakan PKR dan DAP yang engkar titah Sultan itu telah menyebabkan baginda kecewa dan murka.
“Atas alasan itu, Baginda dikatakan akan melantik salah seorang ADUN dari kalangan PAS bagi menggantikan Khalid dan antara nama yang disebut-sebut ialah YB Iskandar” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.
Sekiranya Sultan Selangor berpuas hati, pihak Istana dijangka akan mengeluarkan kenyataan untuk memaklumkan tarikh untuk angkat sumpah.

Ketika ditanya mengenai undi tidak percaya yang akan mungkin diusulkan Ahli Dewan Undangan sekiranya Iskandar gagal mendapat sokongan majoriti, sumber itu mendakwa ia tidak berbangkit pada ketika ini.

“Pada ketika perkembangan pentadbiran negeri hanya difokuskan untuk melantik Menteri Besar yang baharu dan perkara itu perlu dibangkitkan kerana berbagai kemungkinan boleh berlaku” katanya lagi.

Sumber portal Malaysian Insider sebelum ini melaporkan, tiga Exco PAS akan dipanggil menghadap Sultan Selangor mulai hari ini, esok dan lusa secara bergilir-gilir.

Ia kemudianya diikuti dengan Sallehen yang merupakan ADUN Sabak pada keesokannya dan Ahmad Yunus (Sijangkang) pada Rabu, menurut sumber.

Difahamkan, Sultan Selangor mahu bertemu ketiga-tiga Adun PAS ini berhubung kekecohan pelantikan menteri besar baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketiga-tiga exco dari PAS itu dinamakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon menteri besar Selangor dalam surat pertamanya kepada istana yang dihantar pada 2 September lalu.
Categories: , ,

8 ulasan:

  1. nanti ada hantu pocong bergulingan depan kereta sultan, ngeri tau.

    BalasPadam
  2. Klau sultan lantik Mb dr pas....tiada kesudahan,adun2 pas kna tolak trus jd mb drp konflik bpanjangan...snang sultan declare bubar dun...cpat skit me,gundi...

    BalasPadam
  3. Dia bukan sakit jantung. Dia demam e-bola lah! Tu lah banyak sangat main sepak terajang bola!

    BalasPadam
  4. boleh je kalau mb pas lantik 2 exco dap, 4 exco dari pas, 4 exco pkr (kalau pas ni bijak sikit dia lantik yg condong pas, maknanya kalau nuar isytihar perang senang2 je depa lompat masuk pas dan dibantu saudara muslim anda dari umno kedudukan MB makin kukuh )......pasti anwar ibrahim jam otak tak leh nak buat apa2 hahahaha

    BalasPadam
  5. Bagi selesai segera. ADUN PAS pon hebat juga. Lebih hebat dari calun dari PKR.

    BalasPadam
  6. Si KETUM ni kalau sakit nanti, mesti nak pergi hospital2 termuka yahudi di Amerika. Maklumlah, dia ni kan ejen yahudi!

    BalasPadam
  7. Org jauh cam rakyat selangor lak komen ..heheheh....yg dekat..pp tu tengok dulu

    BalasPadam
  8. Anugerah Tuhan... Mana boleh sakit. Sedap selalu..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping