Heh! Berani buat berani tanggung la brader. Kalau hari tu, bukan main lagi diorang tunjuk diorang punya 'Taiko' dan sanggup membelakangi pendirian parti.
Sekarang nak tunjuk muka depan orang ramai pun diorang dah mula ketar kepala lutut? Apa, masing - masing dah takut dengan bayang - bayang sendiri ke?
Kalau ikut kenyataan yang dibuat semalam, dua orang ADUN yang dianggap sebagai Pengkhianat tu kata diorang mungkin tak datang ke muktamar tahun ini.
Salah seorang dari mereka menyatakan kehadirannya hanya jika dia dijemput oleh kepimpinan PAS Pusat untuk turut serta dalam muktamar kali ini.
"Sebelum ini saya dapat jemputan sebagai ADUN PAS. Setakat ini belum terima, saya baru nak lihat (jemputan) hari ini. Saya akan hadir ucapan dasar Presiden sahaja, jika ada jemputan," demikian menurutnya ketika dihubungi.
Manakala seorang lagi masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya. Kata yang sorang tu, dia belum pasti sama ada akan turut hadir atau tidak.
"Saya sudah tidak menjadi perwakilan mana-mana kawasan. Lihat keadaanlah bagaimana (kalau hadir) sebagai pemerhati," katanya kepada Antarapos hari ini.
Tindakan itu menunjukkan seolah - olah diorang rasa takut nak berhadapan dengan ahli parti diperingkat akar umbi sehingga teragak - agak untuk buat keputusan.
Itulah bahananya bila suka sangat ikut orang yang gemar "Main Belakang". Akhirnya, diri sendiri jugak yang tersepit. Orang lain senang - senang je boleh lepas. Diorang pulak yang terperangkap dalam tong taik!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.