Selasa, September 09, 2014

Itu persoalan sebenar yang perlu dijawab oleh Pesuruhjaya PAS Selangor tu sebenarnya. Dia perlu berterus terang dengan rakyat secara terbuka. 

Kalau setakat menafikan itu ini, semua tu orang tak pandang. Semua tu orang tak nak dengar. Yang orang nak dengar sekarang ialah mengenai Kebenaran.

Jangan la dia nak jadi manusia yang MUNAFIK dan hanya sekadar pandai menjadi pemimpin yang RETORIK dengan memberikan alasan yang bukan - bukan.

Takut nanti akhirnya leher dia sendiri jugak yang terbelit dalam permainan yang dicaturkan oleh orang lain. Penyudahnya, dia jugak yang akan bunuh diri.

Ok la. Kalau dia kata dia tak dipanggil mengadap tuanku Sultan, tak pe. Itu hanya satu bab yang dibangkitkan oleh rakyat. Sekarang kita tumpukan pada soalan utama.

Sekiranya nama dia dipilih oleh tuanku Sultan untuk menjadi Menteri Besar Selangor, adakah dia akan terima atau menolak titah tersebut?

Itu yang perlu dijawab oleh Pesuruhjaya PAS Selangor tu sebab diorang jugak yang sibuk mendesak agar orang lain hormat institusi Raja - Raja Melayu.

Semua orang perlu ingat! Dalam senarai nama calon yang dihantar oleh PAS sebelum ini, nama Pesuruhjaya PAS Selangor tu juga turut terselit.

Jadi, kemungkinan nama dia dipilih oleh tuanku Sultan memang ada. Ianya satu hakikat yang memang wujud dan tidak perlu dinafikan lagi.

Tipu la kalau dia kata dia tak nak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor tu. Dan bila keadaan tu berlaku, macam - macam alasan yang dia boleh berikan.

Nanti dia boleh kata, ianya titah tuanku. Maka dia tak nak digolongkan sebagai golongan penderhaka. Akhirnya nanti, dia akan terima jugak jawatan tersebut.

Sedangkan sekarang pun dah ada orang yang bercerita kata dia akan angkat sumpah tak lama lagi. (Klik Sini). Pendek kata, kalau dah namanya orang tu "Ahli Politik", pedaah sangat la kalau dia tak gila kuasa!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Koi tau doh tapi koi buat tak tau aje..kang koi kata ya awokme kata koi gila kuasa tapi bila dah rezeki depan mata koi tibai semacam..koi orang politik koi taulah apa koi nak buat..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping