Heh! Heran jugak kita dibuatnya bila ada Melayu takut orang Melayu memerintah sesebuah Negeri. Kalau bukan Melayu tu, kita tak heran la kenapa diorang fobia sangat.
Tapi ini orang Melayu sendiri. Seolah - olah dia anggap orang Melayu ni tak layak nak memerintah Malaysia tanpa sokongan orang lain. Itu yang menghairankan kita.
Jika Husam yakin dengan sokongan yang diberikan kepada PAS selama hari ini, dia tak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian secara terang - terangan.
Apa salahnya jika orang Melayu/Bumiputera yang memerintah Malaysia? Adakah ianya akan mendatangkan mudarat kepada orang lain?
Biarpun pelbagai dakwaan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS tu terhadap UMNO, namun dia tidak menjustifikasikan perkara tersebut secara terbuka.
Seolah - olah dia mempertikaikan parti dia sendiri yang dilihat tidak layak memerintah sebuah Negeri seperti Selangor tanpa sokongan dan dokongan PKR serta DAPigs.
Berdasarkan apa dakwaan yang dibuat oleh Si Husam tu terhadap UMNO dan Timbalan Presiden parti tersebut? Adakah dia buat berdasarkan bukti yang kukuh?
Tambah menghairankan kita, kenapa sekarang Si Husam tu sibuk bercerita mengenai perkara tersebut? Adakah dia bercakap demi kepentingan PAS atau orang lain?
Salah ke jika UMNO nak bekerjasama dengan PAS bagi menambahkan lagi kerusi orang Melayu dan Bumiputera di Parlimen? Tidakkah ianya akan menguntungkan PAS sendiri?
Kalau Husam yakin PAS dapat mempengaruhi orang Melayu untuk menyokong mereka dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang, dia tak sepatutnya keluarkan kenyataan tu.
Tapi hakikatnya, Si Husam tu seolah - olah TAKUT dengan bayang - bayang sendiri. Relitinya, parti dia sendiri pun dah hilang keyakinan terhadap dia.
Maka sebab itulah nama dia tersingkir dalam pemilihan PAS Pusat yang lalu. Tapi nasib baik la ada orang yang simpati tak tentu arah membolehkan dia menang ikut pintu belakang. Kalau tidak, jangan harap la dia dapat duduk sebagai Naib Presiden PAS hari ni!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.