Isnin, September 15, 2014

Tadi kita dah baca sebahagian dari pengakuan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Temerloh tu berkaitan dengan dakwaan mengenai gerakan nak menjatuhkan Hadi Awang.

Kali ini, kita baca sebahagian lagi dari pendedahan yang dibuat berhubung penubuhan gerakan PASMA(Cai) yang didakwa ada kaitan dengan gerakan tersebut.
Pertemuan Pasma pada 31 Ogos 2014 di Pustaka Az Zahra Kota Bharu tempoh hari jelas mempotraitkan rupa wajah Pasma yang sebenar. 

Pastinya ia bukan pertemuan yang merancang strategi dan aktiviti kebajikan sebagaimana tanggapan setengah pihak terhadap NGO ini.

Sebaliknya ia adalah sebuah pertemuan yang sarat dengan perbincangan dan kritikan kepada pucuk pimpinan Pas iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Malah mereka bincang bagaimana untuk menjatuhkan Presiden. Pertemuan tersebut turut merencana Plan A dan Plan B sehingga menelurkan idea pelaksanaan konsep 1 Jamaah 2 Parti. 


Lebih jauh perbincangan mereka ialah strategi untuk menjatuhkan Presiden Pas. 
Saya difahamkan oleh seorang saksi yang hadir dalam pertemuan Pasma pada 31 Ogos 2014 tempoh hari, bagaimana Shaikh Umar Bagharib Ali seperti mencabar seorang pemimpin kanan Pas Pusat yang turut hadhir dalam pertemuan itu, betapa 24 orang AJK Pas Pusat yang pro mereka (dari 36 orang keseluruhannya) kenapa tidak boleh menguasai keputusan Pas Pusat? 

Menganggap Presiden Pas sebagai bodoh siasah dan menyebut bahawa Jawatankuasa Pas Pusat yang ada pada hari ini boleh turunkan Presiden Pas tanpa perlu pun menunggu Muktamar Pas.
Kesimpulannya, memang wujud gerakan nak menjatuhkan Hadi Awang ni. Caranya lebih kurang sama macam mana puak - puak PKR tu menjatuhkan Khalid Ibrahim.

Ianya dilakukan dengan cara mengikut pintu belakang dan dijalankan dengan kaedah yang paling tidak demokrasi yang boleh difikirkan oleh Macai - Macai Si Ketua Penipu tu. Kalau perkara ini dibiarkan begitu sahaja, memang jahanam la PAS jawabnya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Sebab bekawan ngan muar semuanya nak ikut pintu belakang.......

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping