Rabu, September 03, 2014


Itu persoalan yang diajukan kepada Bekas pemimpin PAS Kawasan yang ditemui sebelum ini. Ianya menjadi tanda tanya terutama dikalangan penyokong PAS diperingkat akar umbi.

Soalnya, kenapa PAS masih lagi mahu kekal didalam Pakatan sedangkan parti itu tidak mahu dilihat hanya menjadi Pencacai dalam Pakatan?

Malah perjuangan PAS hari ini pun diakui sudah jauh berubah dari perjuangan asal mereka. Perlembagaan parti pun dah boleh dibuang dalam tong sampah.

Jika sebelum ini, tindakan PAS membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama dalam isu berkaitan kemelut kepimpinan Pakatan di Selangor.

Ianya membuktikan bahawa parti itu sudah berubah dan tidak lagi menghormati perkara yang termaktub didalam Perlembagaan parti tersebut. (Klik Sini)

"Ianya memang satu tindakan yang pelik. Dulu keputusan Majlis Syura dihormati, tapi sekarang entah macam mana ianya dah jadi terbalik."

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh PAS Mus semalam pun memperlihatkan bahawa PAS tidak mahu dikongkong oleh PKR dalam membuat keputusan mereka.

PAS mendesak dan menyatakan dengan tegas bahawa PKR tidak mempunyai hak untuk menghalang mereka membuat cadangan berkaitan calon MB Selangor.

"Kalau PKR tetap dengan keputusan mereka untuk hantar satu nama, itu terpulang kepada mereka,” kata Pak Mus dalam kenyataannya semalam. (Klik Sini)

Apa yang menghairankan kita ialah kenapa PAS masih mahu kekal didalam Pakatan sekiranya mereka tidak mahu segala tindak tanduk mereka dikawal oleh Pakatan?

Jika ianya hanya kerana sebab 'Tahaluf Siyasi" yang dibanggakan selama hari ini, apa gunanya jika kredibiliti parti itu terus dipertikaikan?

Kita kena faham bahawa Tahaluf Siyasi tu wujud hanya untuk mendesak agar parti - parti dalam Pakatan tu 'setuju untuk tidak bersetuju' dalam satu - satu isu.

PAS mahu kekal dalam Pakatan bukan sebab mereka nak memperjuangkan agenda Islam. Sebaliknya hanya mahu menggulingkan Barisan Nasional.

Kesimpulannya, hasrat PAS untuk kekal dalam Pakatan bukan kerana demi nak perjuangan Islam atau nak menjaga Kebajikan Rakyat. Tetapi hanya untuk memperjuangkan kepentingan Politik mereka sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping