Selepas terguris dengan kenyataan yang dibuat oleh Hadi Awang sebelum ini, tiba giliran Muslimut PAS pulak buat Si Wan Azizah tu bertambah kecewa.
Hakikatnya, kewibawaan Wan Azizah sebagai calon pengganti Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor terus dipertikaikan pemimpin PAS.
Jelas Timbalan Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan tampil membangkitkan kepimpinan Azizah ketika dilantik ketua pembangkang selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Kata dia, PAS ketika itu menyokong Wan Azizah dan tidak timbul isu gender tetapi isteri Si Ketua Penipu tu hanya mampu bertahan kurang 6 bulan sebelum meletakkan jawatan pada 28 Ogos.
“Apa jua alasan beliau ketika itu, rakyat telah hilang kepercayaan dan tidak dapat melihat keseriusan beliau sebagai pemimpin dan ahli politik dalam melaksanakan amanah pengundi yang mengundi beliau enam bulan sebelumnya,” katanya.
Dalam kenyataannya semalam, Rosni juga membangkitkan prestasi Azizah selepas terpilih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang pada awal tahun ini.
“PAS khuatir jika prestasi sedemikian diteruskan, dan rakyat akan terus mempertikaikan kemampuan Pakatan melahirkan wakil rakyat dan MB yang berkaliber,” katanya lagi.
Rosni juga mendakwa PKR tidak pernah membuka ruang kepada pemimpin PAS membahaskan calon yang ingin dicadangkan sebagai Menteri Besar sebelum ini.
Kenyataan tersebut sekali gus membidas kenyataan yang dibuat oleh Si Mak Lampir yang menyifatkan PAS sengaja menjadikan isu kewibawaan sebagai alasan untuk menolak Wan Azizah.
Atas dasar itu, Muslimat PAS Wilayah Persekutuan berkata, sayap wanita ketiga-tiga parti dalam Pakatan harus berbincang mencari penyelesaian dan mengelakkan sengketa dengan istana dan bukan saling mengkritik dan “memfitnah”!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.