Selasa, September 09, 2014

Wuuu... Terujanya bila ada Pak Menteri tampil menyokong agar Akta Hasutan tu kekal dan tidak dimasuhkan oleh pihak Kerajaan. Kira hebat betul Pak Menteri tu ye.

Dalam dok sibuk puak - puak Pakatan Haramjadah tu kecoh cerita pasal bab nak menghapuskan Akta Hasutan, maka muncul la Pak Menteri ni membantah.

Dan yang herannya, makin ramai pulak orang yang rasa teruja dan menyokong kenyataan yang dibuat oleh Pak Menteri tu. Hebat sungguh Pak Menteri tu ye.

Tapi IRONIKnya, adakah Pak Menteri tu sedar bahawa dia juga turut menentang keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini?

Tidakkah Pak Menteri tu tahu bahawa tindakan dia membantah pemansuhan Akta Hasutan tu sebagai satu tindakan yang bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh PM?

Tambah menghairankan kita, Pak Menteri ni jugak sebelum ini merupakan salah seorang pemimpin yang sibuk mempertahankan Perdana Menteri bila ditegur oleh Tun.

Dan perlu juga diingatkan. Salah satu isu yang dibangkitkan oleh Tun dalam teguran yang dibuat menyebut mengenai pemansuhan akta oleh pentadbiran Perdana Menteri.

Maka bertambah IRONIK la tindakan Pak Menteri tu yang sebelum ini beria - ia mempertahankan pentadbiran Datuk Seri Najib bila ditegur secara sinis oleh Tun.

Secara tak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Pak Menteri tu membuktikan bahawa teguran Tun sebelum ini mempunyai asas yang kukuh.

Dan secara tak sengajanya, Pak Menteri tu sendiri tak sedar bahawa dia telah mengakui pentadbiran Datuk Seri Najib ada kelemahan yang tersendiri.

Nampak gayanya Pak Menteri tu sendiri dah buat pusingan 'U-Turn' bila semakin ramai rakyat diperingkat akar umbi mahu akta Hasutan tu dikekalkan.

Hari tu, dia sibuk pertahankan pentadbiran Datuk Seri Najib. Kali ini, dia pulak yang menentang cadangan yang dibuat oleh PM untuk menghapuskan Akta Hasutan tu.

Tinggal lagi, adalah satu perkara yang memalukan apabila ada dikalangan rakyat Malaysia melihat tindakan Pak Menteri tu hanya satu tindakan Populis dan penuh dengan kepura - puraan. Jadi, tak payah la Pak Menteri tu nak bangga diri sangat!!!
Categories:

4 ulasan:

  1. Whoever wrote above article must be a damn fool. No doubt sabri supports najib as pm but on the issue of akta hasutan, he stood his case. Thats a true leader who came out to call a spade a spade. He stated the true scenario and its implication. No issue of u turn unlesd the writer has low IQ. You are we call devil's advocate....pergh......


    BalasPadam
    Balasan
    1. We can agree to disagree, but not cool to imply someone is a fool.

      Unless you realise as a dog you always drool, thus you're just as bloody fool.

      You may want to sound intelligent but reality is you're just an agent.

      Here doggy doggy come get your bone.....

      Padam
  2. Biasanya setiap kelemahan pada setiap akta2 yg digunakkan utk sekian lama akan digubal semula utk membolehkan ia menepati ciri ciri yang diperlukan pada masa ini. Jika ia soal hasutan ia perlu lebih spesifik berdasarkan keperluan. Akta lama warisan British ini tujuannya utk mengekalkan kuasa British ditanah melayu sbg satu satunya kuasa unggul ditanah melayu utk menghalang puak haluan yang menghalang mereka. Sekarang sudah wujud macam2 akta utk jaga keselamatan negara untuk pelbagai tujuan. Saya masih keliru kenapa Pak menteri dan bekas PM masih mahukan akta yg lama sedangkan akta2 baru untuk kesalahan2 tertentu boleh digubal? Kerana tujuan utama British lebih pada menjaga kepentingan mereka dlm semua aspek tanpa ciri ciri spesifik. Akta tahun 1948 nu antara tujuan utamanya juga utk menghalang haluan kiri, komunis juga kawal penglibatan UMNO (1946). Fakta dia berpandukan British, jadi puak2 yg tuduh kerajaan liberal ni, siapa yang liberal sekarang? Guna hadis British la pulak bhai.

    Cucu polis British.

    BalasPadam
  3. Politik macam tulah, mengikut rentak semasa. Jika sesuai dgn keadaan demi kebaikkan negara dn raayat taksalahkan

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping