Isnin, September 01, 2014


"PAS sekarang dah banyak berubah". Demikian yang dinyatakan oleh seorang bekas pemimpin PAS Kawasan apabila berbicara mengenai parti itu sejak kebelakangan ini.

Kenyataan yang dilihat agak sedikit kecewa dengan hala tuju PAS itu dapat dilihat jelas apabila timbulnya isu kemelut kepimpinan Pakatan di Selangor.

PAS hari ini bukan sahaja dilihat mula terpesong dari segi hala tuju perjuangan, malah dasar perlembagaan parti itu sendiri pun sudah dipinggirkan.

"Yang paling drastik ialah apabila keputusan yang ditetapkan oleh Majlis Syura dipinggirkan begitu sahaja oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat."

Dalam perlembagaan PAS telah ditetapkan, Majlis Syura ada kuasa untuk membuat ketetapan, mengeluarkan arahan dan membuat keputusan. Tapi sekarang tak lagi.

Apa yang pasti, PAS hari ini bukan lagi sebuah parti yang mempunyai tujuan untuk mengimbangi kekuasaan UMNO dalam memperjuangkan Islam.

Sebaliknya PAS telah berubah menjadi sebuah parti Politik secara total yang mengenepikan dasar perjuangan Islamnya selama hari ini. Semua perjuangan asal PAS telah diketepikan.

Dasar ke arah penubuhan Negara Islam telah dicampak ke dalam laut manakala asas untuk memperjuangkan Hukum Hudud juga turut ditinggalkan begitu sahaja.

"Malangnya, kedua - dua perkara itu dilakukan sendiri oleh pemimpin - pemimpin tertinggi PAS yang ada dalam jawatankuasa."

Malah hala tuju PAS pun dah berbeza. Dulu, kalau dapat rampas Kerajaan Persekutuan, niat PAS adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.

Tapi sekarang, dah dapat tadbir Negeri pun, masih ada dikalangan pemimpin PAS sendiri yang menentang secara terbuka bila Hukum Islam tu nak dikuatkuasakan.

Jelas, Kiblat PAS hari ini bukan lagi nak menegakkan Islam. Tetapi hanya sekadar untuk memenuhi nafsu sesetengah pemimpin rakus yang mahu merampas kuasa.

Maka sebab itu kita lihat hari ini ada dikalangan pemimpin PAS yang berani membelakangi pendirian yang dibuat oleh parti secara terang - terangan.

"Kalau dulu, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura perlu dipatuhi berlandaskan Fasal 8 dalam perlembagaan. Takde kompromi."

Maka, untuk apa lagi PAS masih menggunakan Buku Perlembagaan sedia ada kalau ianya tak digunakan oleh pemimpin tertinggi parti tu? Seeloknya, bakar je buku tu. Itu lagi baik dari setakat diorang nak buang dalam tong sampah!!! - seterusnya...
Categories: ,

8 ulasan:

  1. Salam merdeka..

    Nampaknya semua isu tenggelam lanjutan dari kes langkah kajang yang memaparkan sandiwara songsang arahan SHEIKH KETUM ANU WAR AL JUBURIT..

    Semoga kita tidak terus lemas dan hanyut dengan 'wayang' AL JUBURIT

    tujuan saya untuk mohon supaya berterusan disemarakkan kempen "BUY MALAY FIRST, BUY CHINESE LAST!" or "BUY MUSLIM FIRST, BUY KAFIR NIL"

    BalasPadam
  2. Bila agaknya ya, diaorg semak perlembagaan parti masa nak buat satu satu keputusan ?

    BalasPadam
  3. SEKUAT2 PAS HANCUR JUGA DITANGAN ANWAR. MACAMANA NAK PERJUANGKAN ISLAM. NAMPAKNYA UMNO JUGA PILIHAN KITA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umno???!!!! Perjuangkan Islam??!!!.... khaktuiiiiii!!!

      Padam
  4. sebenarnya kebanyakan org pas ni pun tamak harta.mahu kuasa utk harta.klu pas benar2 bjuang utk agama kenapa tdk mahu krjasama dgn umno sebaliknya memilih dap yg terang2 musuh agama.pas tdk nampak kah mcmana kerosakan dan perangai manusia dap ni..skrg dap di sabah dan sarawak dgn agenda2 licik mereka.saya sgt hairan bagaimana pas boleh mempercayai dap...semoga kita bersatu

    BalasPadam
  5. mcamana pas mahu mendaulatkan agama klu kbanyakan pendokong2 pembangkang ini org yg anti islam. cuba fikir baik2 sblm terlambat...

    BalasPadam
  6. Tiada sebuah parti yg dapat mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara melainkan UMNO sahaja.

    BalasPadam
  7. dap dan beberapa parti di sabah sangat benci dgn melayu.dap mahu runtuhkan kekuasaan org melayu. dap mengalah dgn isu2 yg mereka fikir boleh melemahkan pr.dap tdk tuntut apa2 kerana .dap cuba mewujudkan perasaan selesa dikalangan melayu.dlm masa yg sama mereka melakukan program2 dan tindakan2 yg sgt licik. hanya org yg berpandangan halus dapat melihat bahaya agenda dap ini.jgnlah kita pandang remeh masalah ini.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping