Sabtu, September 20, 2014

Hadi Awang hari ini menyampaikan ucapan penggulungan dengan penuh sindiran dan marah terhadap kebiadapan PKR yang kononnya menjadi rakan karib PAS selama ini.

"PAS tidak ingin merebut jawatan menteri besar Selangor namun tidak senang dengan layanan PKR kepada Pas diibaratkan mencuci segala kekotoran mereka", kata Hadi

"PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya untuk menyokong isteri Anwar Ibrahim iaitu Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

Usaha PKR untuk menukar Tan Sri Khalid Ibrahim melalui operasi 'Langkah Kajang' itu juga tidak disenangi PAS, katanya.

"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf? Kita tidak memandang ringan, dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, jadi pengkhianat, semua ada."

Haji Hadi mendedahkan kumpulan Anwarinas telah membeli dua Adun Pas supaya menjadikan Wan Azizah sebagai majoriti untuk menjadi MB Selangor. Berapa banyak yang telah dijanjikan oleh kumpulan Anwarinas ini kepada 2 Adun Pas telah dirahsiakan.

"PAS tidak akan berdiam diri dengan dua orang ADUN yang mengkhianati baiah dengan PAS dalam isu MB Selangor.."

"Saya tidak rela ahli PAS semuanya masuk neraka. Jadi PAS perlu masuk campur tangan dalam isu MB Selangor.."

"Perlu difahami bahawa dasar kita berbeza dengan rakan tahaaluf yang lain. PAS dasarnya Islam, DAP dasarnya Sosialis Pragmatis, dan PKR pula dasarnya Sekular Pragmatis.."

"Saya hargai ramai yang menyatakan berdiri di belakang saya. Cuma saya bimbang bila saya paling ke belakang, tiada orang di belakang saya" 

"Walaupun kita bertahaaluf dengan rakan pakatan, ahli dan pimpinan perlu tahu bahawa kita berbeza dasar dengan rakan kita. Jangan ada yang tidak faham.."

Ucapan Haji Hadi dalam Muktamar Pas membuatkan ramai kumpulan Anwarinas panas telinga dan beberapa individu dalam kumpulan Anwarinas termasuk Mat Sabu sibuk ber 'Whatsapp' dengan seseorang. - #Sumber
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Jangan main main mut aji boleh scan tujuh hari didepan 7hari d belakang , ingat mut ayah saya selalu pesan solat jangan tinggal mut mut apa nak jadi dengan kau ni

    BalasPadam
  2. Sangat setuju dgn TGHH . Syabas ! Jangan takut dgn anwar & LKS tu....TAKUT PADA ALLAH S.W.T. SAHAJA . TAKBIR......
    APA GUNA PAKATAN JIKA TIDAK BERPAKAT ?

    BalasPadam
  3. Tidur sebantal mimpi...mung lain lu laaing maĆ ...

    BalasPadam
  4. dah tiba masanya TGHH bawak pas keluar dari pakatan..apa yg diucap akan diterjemahkan dgn tindakan yg berani...biar takut hanya kpd Allah SWT shj..Takbirrrr

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping