Huh! Nampak gayanya semua khabar angin, desas desus dan spekulasi yang dibuat sejak beberapa hari yang lalu telah pun berakhir. Semua teka teki sudah dijawab.
Hari ini kita telah dimaklumkan dengan pengumuman nama Si Azmin Ali tu sebagai pengganti kepada Si Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Perkara itu telah pun dimaklumkan kepada pihak media melalui surat pemberitahuan yang diedarkan oleh Ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Surat tersebut antara lain meminta agar Si Azmin Ali tu sebagai ADUN Bukit Antarabangsa hadir ke Majlis Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor esok jam 10 pagi.
Maka timbul persoalan dikalangan rakyat berkaitan dengan pengumuman tersebut. Adakah Si Azmin tu akan menerima perlantikan itu atau menolaknya?
Jika dilihat kepada pendirian PKR sejak dua tiga hari yang lepas, mereka masih tetap lagi dengan keputusan untuk mencalonkan Wan Azizah sebagai MB Selangor.
Malah mereka juga buat sekian kalinya menafikan khabar angin berhubung perlantikan Si Azmin Ali tu sebagai pengganti Khalid Ibrahim.
Maka sekarang, adakah Si Azmin Ali tu sanggup membelakangkan keputusan yang telah ditetapkan oleh parti dan mengkhianati SD yang telah ditandatanganinya?
Atau, adakah Timbalan Presiden PKR itu akan menolak pencalonan tersebut dan bersedia untuk menjadi Penderhaka kepada Sultan Selangor secara terbuka?
Atau, adakah semua ini hanya satu permainan yang sengaja dimainkan oleh PKR untuk mengaburi mata rakyat bagi menggambarkan seolah - olahnya mereka tak terima Azmin?
Siapa tau ye tak. Puak - puak PKR ni bukannya boleh percaya sangat. Mana tau kot diorang sengaja je keluarkan kenyataan menolak pencalonan Si Azmin Ali tu sebelum ini.
Tapi dalam masa yang sama diorang sendiri dah berikan restu dan lampu hijau kepada Si Azmin tu untuk menerima perlantikan tersebut bagi menggantikan Khalid Ibrahim.
Walau apa pun spekulasinya, yang pasti puak - puak PKR tu jelas telah mengkhianati kepercayaan rakyat dengan tindakan yang mereka lakukan melalui agenda Langkah Kajang.
Kalau diorang boleh terima Azmin sebagai Menteri Besar, untuk apa diorang buat agenda Langkah Kajang tu? Itu membuktikan bahawa PKR ni memang sebuah Parti yang Khianati Rakyat dan diorang tak layak memerintah!!!
INILAH YANG DIKATAKAN DAH REZEKI. SIAPA TAHU PENJUAL AISKERIM BOLIH JADI MB. HARU....HARU APA NAK JADI SELANGOR NI DAPAT ORANG YANG SEPERTI INI BAKAL PENGIRING SULTAN.
BalasPadamENTAH...ENTAH SATU MASA NANTI PELIWAT PULAK JADI PM. MANA TAHU..? KALAU MASALAH MORAL TIDAK TIDAK DIAMBIL KIRA.
TEBALKAN MUKA JER LAH....
Apa laa bala yg akan menimpa selangor ni nanti
BalasPadamApa laa bala yg akan menimpa selangor ni nanti
BalasPadamPemimpin tak bermoral, menjadi K.M S'langor tak ada org lain lagikah? Sungguh malang raayat S'langor.
BalasPadam