Isnin, September 08, 2014


Nampak gayanya PAS sekarang ni sedang menjadi sasaran laman portal The Malaysian Insider. Acap kali mereka mengeluarkan artikel memburukkan nama PAS.

Jika sebelum ini, nama seorang Adun PAS dijual demi memburukkan parti tersebut didalam laman portal berkenaan berkaitan dengan hubungan kerja sama PAS dan UMNO.

Menurut laporan laman portal tu, ADUN berkenaan turut menjelaskan bahawa tindakan dua orang ADUN PAS yang menyokong Wan Azizah menggagalkan usaha tersebut.

Kali ini, TMI sekali lagi tampil mendedahkan laporan dari sumber sulit didalam PAS menyatakan kononnya Sultan panggil 3 orang ADUN PAS untuk mengadap.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor daripada PAS dipanggil mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mulai hari ini, esok dan lusa secara bergilir-gilir, bermula dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad hari ini, kata sumber.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, esok Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak Sallehen Mukhyi pula akan mengadap Sultan Selangor manakala Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dijangka mengadap baginda pada Rabu.

Difahamkan, Sultan Selangor mahu bertemu ketiga-tiga Adun PAS ini berhubung kekecohan berhubung pelantikan menteri besar baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Ketiga-tiga exco dari PAS itu dinamakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon menteri besar Selangor dalam surat pertamanya kepada istana yang dihantar pada 2 September lalu.
Dari satu sudut, laporan tersebut cuba menggambarkan bahawa PAS mempunyia niat disebalik tabir untuk merampas jawatan Menteri Besar Selangor dari PKR.

Persoalannya sekarang, jika benar laporan yang dibuat, siapa yang membocorkan rahsia PAS kepada laman portal terbabit? Sudah tentu ada dalang yang buat kerja haramjadah tu.

Tetapi, jika laporan itu palsu, maka PAS perlu ambik tindakan yang sewajarnya dan saman laman portal tersebut bagi menjaga imej dan integriti parti itu sendiri. Jangan mudah sangat diperkotak-katikkan oleh orang lain!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. The Malaysian Insider patut dipanggil THE MALAYSIAN INSTIGATOR. Puak2 sialan dan haramjadah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping