Hari ini, sudah cukup kita melihat keBEBALan barisan peguam - peguam Si Ketua Penipu tu yang tampil memberikan hujah basi dihadapan lima orang Hakim.
Mereka masing - masing seolah - olah menganggap lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan itu semuanya tak de otak belaka gamaknya sehingga terpaksa kitar semula hujah yang dah basi.
Bab keBEBALan peguam - peguam Si Ketua Penipu tu rasanya sudah cukup kita bahaskan dalam artikel sebelum ini. Dan ternyata, keBEBALan mereka itu tidak berkurangan walaupun sedikit.
Hari ini, salah seorang daripada mereka tampil mempertikaikan kembali mengenai tiga barang yang diberikan kepada Si Ketua Penipu tu sewaktu ditahan didalam lokap sebelum ini.
Kata peguam tersebut, ketiga - tiga barang tersebut tidak digunakan oleh Si Ketua Penipu tu. Ianya hanya menurut laporan lisan yang diberikan oleh saksi Polis yang berada dilokap tersebut.
Maka kata peguam tersebut, DNA yang ditemui pada ketiga - tiga barang itu, tuala 'Good Morning', berus gigi dan botol mineral tidak semestinya DNA yang dimiliki oleh Si Ketua Penipu tu.
Baik. Soal tu pun kita dah jawab sebelum ini. Kita pun dah pertikaikan, kenapa Si Ketua Penipu tu sendiri enggan menyerahkan DNAnya secara sukarela bagi memastikan yang dia tidak bersalah?
Itu persoalan yang sepatutnya dijawab oleh peguam - peguam Si Ketua Penipu tu sendiri. Mereka perlu jelaskan kenapa anak guam mereka enggan menyerahkan sampel DNA baru untuk dibuat pemeriksaan silang.
Alasan yang Si Ketua Penipu tu berikan sewaktu pihak penyiasat meminta DNA baru, dia hanya kata DNA dia dah ada dalam fail simpanan. Maka tidak perlu dirujuk kepada sampel baru.
Itu juga satu persoalan yang sudah pun kita jawab sebelum ini. Bukan ke Si Ketua Penipu tu sendiri yang kata, DNA dia dulu telah pun di'usik' (Tampered) dan diubah oleh pihak tertentu?
Jadi, kenapa dia masih lagi mahu pihak penyiasat merujuk kepada sampel DNA tersebut? Itu yang membuatkan persoalan tersebut terus tinggal sebagai tanda tanya dikalangan rakyat.
Peribahasa Melayu menekankan, "Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah". Maka dalam kes Si Ketua Penipu tu, kenapa dia TAKUT untuk tegakkan Kebenaran sedangkan ianya melibatkan maruah dirinya sendiri? Kalau setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!!
Dia tak hendak tegakkan Kebenaran...
BalasPadamDia cuma hendak tegakkan Kote KEMETOT 4 cm tu jer...