Heh! Nampak gayanya, luahan yang dibuat oleh Si Khalid Samad tu sebelum ini tidak mendapat sebarang sambutan dari kalangan ahli PAS diperingkat bawahan.
Jika sebelum ini, Si Khalid Samad tu mendakwa tindakan PAS mengharamkan ahlinya menyertai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang digelar sebagai PASMa (sebut PASMa-Cai) tu sebagai satu tindakan terkebelakang..
Kononnya, menurut Khalid Samad, apa yang dilakukan oleh PAS itu hanya sekadar menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS mengamalkan dasar tertutup terhadap ahli - ahlinya.
Malah Si Khalid Samad tu menyatakan bahawa tindakan tersebut juga turut memberi impak negatif terhadap parti kerana dilihat tidak bersedia untuk menerima kritikan serta teguran luar.
Namun hakikatnya, semua orang pun sedia maklum. Gerakan PASMa-Cai tu hanya sekadar ditubuhkan untuk menghentam Presiden dan mempertikaikan serba serbi keputusan yang dibuat.
Tidak cukup dengan itu sahaja. Gerakan yang diketuai oleh beberapa orang pemimpin kanan PAS dalam PASMa-Cai itu juga dilihat sebagai satu langkah untuk membenamkan kuasa Pro Ulama.
Jika dilihat dari satu sudut, kebanyakkan mereka yang menyertai pertubuhan tersebut terdiri dari kalangan mereka yang memperjuangkan idea Liberalisme didalam PAS.
Maka, sudah tentu pertubuhan tersebut boleh dianggap satu ancaman yang mampu mneggugat, bukan sahaja terhadap PAS, tetapi juga terhadap umat Islam secara kseluruhannya.
Jadi, tak heran la kenapa ada Pesuruhjaya PAS Negeri dengan berani mengharamkan pertubuhan tersebut kerana dikhuatiri akan memberi ancaman terhadap Islam secara subversif. Cuma, orang macam Si Khalid Samad ni bukannya faham sanagt semua tu!!!
PS: Kalau orang ghina Presiden PAS tu pun, dia bukannya peduli!! Klik Sini
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.