Sabtu, Oktober 25, 2014

Individu yang terlibat dengan program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' dinasihatkan berjumpa dengan mufti, ulama atau agamawan yang berwibawa bagi mendapatkan nasihat yang sempurna.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia bagi memastikan mereka tidak keliru dan mengambil pandangan secara kolektif dan membuat kesimpulan mengikut selera sendiri.
“Isu ini lebih (menjurus) kepada salah faham dari segi kebenaran yang diberikan. Saya melihat amat tidak wajar bagi umat Islam di Malaysia, khususnya yang bermazhab Syafie cuba hendak membudayakan satu acara seperti sentuhan anjing dan sebagainya.
“Apabila berlaku keadaan seperti ini, apa yang kita belajar bab samak dan sebagainya, jadi tidak ada apa (tiada makna). Sepatutnya apabila taklik dengan mana-mana mazhab pun, mesti memahami dengan sebenar dan seluruhnya, jangan hanya juz’i sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Multaqa’ Ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia 2014 yang diadakan di TH Hotel & Convention Centre di sini.
Jelas beliau, khilaf mazhab berlaku sejak dahulu lagi. Bagaimanapun memandangkan umat Islam negara ini berpegang kepada mazhab Syafie, mereka perlu lihat pada sentimen.
“Kalau kita tengok bahasa yang menggambarkan anjing ini juga, membawa satu gambaran yang kurang enak seperti melepaskan anjing tersepit, anjing kurap dan sebagainya. Banyak lagi haiwan lain seperti kucing, kuda, ayam yang boleh kita guna (sentuh).
“Umat Islam khususnya yang tiada sebarang sebab syarie dinasihatkan supaya menjarakkan (diri dengan anjing), melainkan atas dasar pengawasan seperti polis dan penternakan yang banyak serta perburuan. Ini nas, tidak apa,” katanya.
Bagi mengelakkan kejadian sama berlaku, beliau berkata, pihaknya akan lebih cakna dengan setiap penganjuran program yang akan diadakan.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping