SETELAH krisis Menteri Besar di Lembah Kelang mulai reda, daerah itu tetap jadi kawasan yang panas yang mencelarukan fikiran dan otak orang Islam khususnya yang bermazhab Syafie.
Mereka mulanya naik darah atas pesta arak yang tidak salah diminum oleh setengah manusia dan keduanya tidak salah menyentuh anjing oleh semua manusia.
Arak itu mulanya tidak haram, tetapi Nabi terpelihara daripada penglibatan mengambilnya. Hukum terakhirnya arak ada kebaikan tetapi keburukan lebih banyak daripada kebaikan.
Maka sesiapa yang terlibat dengan arak, bukan sekadar dilarang bahkan dilaknat. Jika iblis dan Firaun itu sah kafirnya dan sah dilaknat Allah, maka tidaklah Islam yang terlibat dengan dilaknat, semua manusia tidak kira apa agamanya tidak bebas daripada laknat itu.
Ada pun anjing, pada orang Islam bangsa Melayu mazhab Syafie, telah jelas pendiriannya tentang anjing dan aib kalau mereka dikatakan macam anjing. Maka orang Melayu hina sangat kalau dikata macam anjing.
Sehingga selepas 57 tahun merdeka pun tiada orang Melayu suka mereka disamakan seperti anjing. Mungkin selepas acara berbaik dan bersangka baik tentang anjing oleh orang Melayu Islam Lembah Kelang itu suka bercampur dengan anjing, sama seperti mereka senang bercampur dengan kucing.
Semua tahu bukan anjing itu tidak ada eloknya. Ada eloknya, seperti arak juga ia ada eloknya akan tetapi tidak eloknya lebih banyak daripada elok.
Tiada keperluan saya untuk menyatakan apa elok dan apa tidak eloknya. Orang Melayu mazhab Syafie dipercaya tahu mengenainya. Tidak perlu Mufti dan bekas mufti ajar lagi orang Melayu tentang perkara tersebut. - Subky Latif
PS: Tapi apakan daya. Ada jugak orang Melayu Islam yang bermazhab Syafie yang tak tau mengenai Hukum berkenaan. Jauh sekali mereka memahaminya.
Tambah memalukan ialah apabila ada dikalangan pemimpin - pemimpin parti yang medakwa diri mereka pejuang Islam tu sendiri pun tak faham mengenai bab hukum tersebut. Lagi la malunya!!!
Yang menyokong membabi buta, usah kita cerita la. Dia memang suka memalukan diri dia sendiri!!! KLIK SINI
Gagal menjaga dan martabatkan Islam, maka gagal lah jua menjadi MB Melayu Islam sehingga beliau memandang remeh soal akidah dan keimanan di bawah amalan kita, Mazhab Syafie. Kita tahu Selangor Darul Ehsan sinonim dengan Syiar Islam sebelum ini.
BalasPadamSilap Azmin tidak menjaga apa yang benar dan mengekang yang salah.
Kenapa lah sebagai ketua negeri tak mahu menggunakan khidmat mufti negeri untuk memberi pendapat hukum halal Dan haram ,kalau kita dah jahil dalam Aagama. Tak jatuh martabat sesaorang ketua untuk bertanya. Ibarat peribahasa malu bertanya sesat Jalan. Jadi bersikap terbuka apaila di kritik.
BalasPadam