Isnin, Oktober 13, 2014

Majlis Syura Ulama Pas menasihatkan agar tiada ahli Pas yang menyertai sebarang aktiviti dalam badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Setiausahanya, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, pihaknya memantau segala tindak tanduk yang dilihat boleh memecahbelahkan ahli-ahli Pas termasuk Pasma.
“Majlis Syura Ulama memantau dengan penuh prihatin beberapa tindak tanduk mutakhir ini yang dilihat boleh memecah belah ahli-ahli Pas seperti yang dilakukan oleh sebuah NGO yang dinamakan Pasma.
“Selaras dengan peringatan Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dalam penggulungan Muktamar Pas 2014 yang lalu supaya tidak berlaku adanya jemaah dalam jemaah dan parti dalam parti, maka Majlis Syura Ulama memberi nasihat kepada ahli-ahli Pas supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti Pasma,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam kenyataan sama, beliau memberitahu bahawa badan perhubungan Pas negeri diminta membuat laporan bertulis sekiranya tindak tanduk seumpama itu berlaku di peringkat masing-masing.
“Kawasan-kawasan dan Badan Perhubungan Negeri juga dinasihatkan membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama sekiranya tindak-tanduk seumpama itu juga berlaku di peringkat masing-masing untuk diambil tindakan lanjut,” katanya.
PS: Nah! Sekarang kita nak tau. Apa status bagi pemimpin - pemimpin PAS yang jadi pemimpin dalam PASMa tu? Adakah mereka dibenarkan bergiat aktif?

Secara terang - terangan pemimpin PAS seperti Si Phahrolrazi tu mengaku diri dia mengetuai Badan Bukan Kerajaan tu. Takkan tak de apa tindakan diambil terhadap dia? Takkan setakat ahli je yang akan dikenakan tindakan? Adakah itu adil namanya!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Bagaiman pula sekiranya PasMa menganjurkan aktiviti dakwah? Bukankah secara tidak langsung PAS menghalang seseorang dari ahlinya untuk berdakwah?

    BalasPadam
  2. Silap-silap Majlis Syura pula yang kena bubar sebab dalam PAS sekarang ini, jawatan peringkat atasan 80% dikuasai oleh golongan sekular dan pecacai kepada PKR dan DAP hingga sanggup menentang Presiden PAS sendiri.

    Malahan Hadi Awang hanya menghitung hari untuk ditumbangkan sebab golongan liberal dan sekular telah banyak dan menguasai banyak jawatan penting dalam PAS. Malahan Mursyidul Am PAS pun menghitung hari saja, malahan sekarang ini Nik Aziz lebih mesra dengan puak liberal, sebab takut kena cantas macam Hadi Awang.

    Sedarlah ahli PAS sekalian, PAS lebih dahsyat dari apa yang pimpinan PAS tuduhkan pada UMNO selama ini, kerana dalam UMNO, tak ada parti lain yang boleh masuk campur dan buat keputusan untuk UMNO, semuanya diputuskan oleh UMNO sendiri, tapi dalam PAS, ada mursyidul am, ada presiden, keputusan mesti mendapat restu dari PKR dan DAP, maka PAS adalah boneka kepada DAP dan PKR sahajalah sekarang ini.

    Sedarlah semua.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping