Alahai!!! Kenapa la Si Pondan ni kerap sangat nak memalukan Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan? Kenapa dia sengaja nak tunjuk kemaluan Si KeTUM tu kepada umum?
Jika sebelum ini, Si Ketua Penipu tu cukup yakin menyatakan bahawa dia tidak akan dihumban ke dalam penjara kerana pihak pendakwaan tidak mempunyai bukti kukuh. (Klik Sini).
Maka, kenapa perlu Si Pondan tu keluarkan arah agar setiap Cabang PKR menghantar wakil SEKURANG - KURANGNYA 5 BUAH BAS? Tidakkah itu suatu yang cukup memalukan?
Tindakan tersebut memperlihatkan bahawa Si Ketua Penipu tu benar - benar bersalah dan membuktikan bahawa dia bakal dihumban ke dalam penjara akibat kerakusan nafsunya sendiri.
Tambah memalukan ialah apabila arahan untuk berhimpun itu dikeluarkan secara umum. Kalau dulu, tak perlu pun ada sebarang arahan dikeluarkan menyeru agar semua orang turut serta berdemonstrasi.
Tapi kenapa sekarang perlu ada arahan spesifik memaksa agar setiap ahli serta penyokongn disetiap Cabang agar dapat turut serta dalam himpunan pada 28 Oktober nanti?
Arahan tersebut dilihat sebagai satu kelemahan PKR. Malah, ianya juga turut membuktikan bahawa Si Ketua Penipu tu sekarang sudah kehilangan sokongan dari kalangan rakyat.
Jika dia masih ada sokongan dan dokongan seperti mana yang pernah berlaku suatu ketika dahulu, sudah tentu arahan sedemikian tidak perlu dikeluarkan oleh mana - mana pihak.
Dan tak ketinggalan juga ada yang cukup skeptikal dengan arahan yang dikeluarkan oleh Si Pondan tu atas nama Setiausaha Agung kepada semua Cabang dibawah pemerintahan Pakatan.
Ianya seolah - olah menunjukkan bahawa Setiausaha Agung itu tidak mempercayai pemimpin disetiap Cabang dalam memberikan sokongan kepada Si Ketua Penipu tu.
Kalau dia percaya kepada kepimpinan disetiap Cabang, sudah tentu arahan serta paksaan itu tidak dilakukan. Sudah tentu ahli serta pemimpin disetiap Cabang tahu tanggungjawab mereka.
Pandangan tersebut sejajar dengan respon yang diberikan oleh Si MB Selangor yang baru sebelum ini dimana dia juga dilihat agak Negatif dalam memberikan sokongan terhadap Himpunan tersebut (Klik Sini).
Maka kesimpulannya, tindakan Si Pondan tu jelas telah memalukan Si Ketua Penipu tu secara tak lansung. Tanpa disedari, dia telah mengakui bahawa Si Ketua Penipu tu sekarang sudah kehilangan sokongan, dokongan serta kepercayaan dikalangan rakyat, termasuk dikalangan ahli - ahli PKR sendiri!!!
Bila PONDAN gemuk meroyan, inilah hasilnya!
BalasPadam