Heran jugak kan. Macam mana macik tu boleh jadi pening dok asyik turun naik eskulator? Mungkin makcik tu tak biasa kot. Maka sebab itulah dia tak senang naik eskulator tu.
Kalau nak dikaitkan dengan isu Politik semasa, keadaan Makcik tu sama la dengan apa yang sedang berlaku sekarang ni. Banyak sangat main pusing - pusing sampai orang bawahan pun pening kepala dibuatnya.
Dulu, beria - ia benar nak dihapuskan Akta Hasutan ni. Tak sempat - sempat nak dikaji implikasi dan kesan terhadap perlaksanaannya. Terus je buat pengumuman kata nak dihapuskan terus.
Mula - mula, dihapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Lepas tu sibuk pulak didesak nak suruh mintak dikembalikan akta tersebut. Sekarang, isu pasal Akta Hasutan pulak.
Biarpun sebelum ni ada pihak dari kalangan Kerajaan sendiri yang komited nak hapuskan Akta Hasutan tu. Malah, ada bekas pemimpin UMNO yang siap berkempen supaya ianya dihapuskan.
Sekarang, bila dalam dewan Merdeka, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO sendiri mengumumkan, Akta tersebut akan tetap dikekalkan bagi menjamin keharmonian Negara.
Malah, akta tersebut jugak akan turut diperkuatkan lagi dengan ditambah dua perkara yang juga dianggap penting. Menjaga kesucian Agama Islam dan agama - agama lain serta gerakan pemisahan Sabah Sarawak.
Maknanya, sebarang usaha dari mana - mana pihak yang nak melihat Sabah dan Sarawak berpecah dari Semenanjung Malaysia macam Singapura akan dikenakan tindakan.
Maka, pening la kepala Si Saifuddin Abdullah yang selama ini anggap diri dia boleh jadi Wira yang memperjuangkan Akta Keharmonian Nasional dan berkempen nak hapuskan Akta Hasutan.
Penyudahnya, jadi la Si Saifuddin tu macam Makcik tadi. Dah bagi kemudahan pun boleh pening. Pening bukan sebab salah orang lain, tapi salah sendiri. Cuma bezanya, Makcik tu lebih cerdik dari Si Saifuddin tu. Setidak - tidaknya, Makcik tu tau cara nak turun sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.