Khamis, November 20, 2014

Heh! Ingatkan bila Menteri Besar Selangor ni ambik tindakan Populis dengan terjun dalam parit, semua orang suka la tengok gelagat wayang yang cuba ditonjolkan sejak kebelakangan ini.

Tapi hakikatnya, makin buat orang menyampah pulak menengoknya. Kalau dikalangan ahli - ahli UMNO saja yang menyampah, tahan jugak. Kalau dah dikalangan pemimpin PKR, lain macam beb.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Ahli PKR Hulu Langat tampil mempertikaikan tindakan Si Azmin yang didakwa cuba memplagiat usaha orang lain.

Sidang media yang diadakan itu juga adalah untuk menyatakan kekecewaannya terhadap kerakusan Si Azmin Ali yang telah mengenepikan keputusan parti bagi melobi diri sendiri menjadi MB.

Tindakan yang dilakukan oleh Si Azmin Ali tu disifatkan sebagai satu penghinaan apabila rakyat melihat PKR hanya menjadikan isu pertukaran Menteri Besar Selangor itu satu propaganda murahan.

Ianya berikutan keputusan yang dibuat oleh Si Azmin dilihat hanya meneruskan semua usaha yang telah dilakukan oleh Khalid Ibrahim yang sebelum ini dijadikan alasan untuk menyingkirkannya.
"Sebagai anak negeri Selangor, saya masih ingat isu-isu yang menjadi penyebab kegagalan Khalid Ibrahim yang mewajarkan beliau digantikan. 
Antaranya ialah Masalah sisa pepejal, keadaan Jalanraya tidak baik, lebuhraya KIDEX dan bekalan air terawat termasuklah pembinaan empangan Langat 2," jelas beliau dalam kenyataan media tersebut.
Jelas Ahli PKR tersebut, sejak berjaya melobi diri sendiri menjadi MB, Si Azmin tu dilihat lansung tidak melakukan pembaharuan selain gimik media yang sengaja diada - adakan.

Malah Azmin juga turut didakwa hanya sekadar berjaya mencairkan wang simpanan Negeri yang bernilai RM 3billion untuk melaksanakan projek - projek segera untuk kepentingan dirinya sendiri.
"Punyalah begitu obsess hendak meniru gaya Presiden baru Indonesia ‘Jokowi’ ramai pasti tertawa melihat gambar Menteri Besar memegang tin racun serangga lengkap memakai penutup hidung menyembur ‘ubat nyamuk’ konon melancarkan kempen ‘Bas Sekolah Tanpa Aedes (BATAS)’," jelas beliau lagi.
Kesimpulannya, jangan la Si Azmin tu anggap dia disukai ramai bila dia buat 'Political Stance' yang pada hakikatnya hanya sekadar memalukan diri dia sendiri secara terbuka.

Jangan la dia ingat semua orang suka tengok apa yang dia buat sedangkan pada REALITInya, semua tu hanya untuk menjaga kepentingan dirinya sendiri. Bukannya untuk menjaga Kebajikan Rakyat!!! Kalau setakat main wayang, baik tak payah!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping