Khamis, November 20, 2014

Wah!!! Bukan main marah lagi Ahli Parlimen ni bila tengok TV banyak sangat iklan. Baru hari ni ke dia sedar mengenai perkara tersebut sedangkan ianya dah berlanjutan sejak sekian lamanya?

Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin semalam mendakwa saluran televisyen berbayar, Astro telah menipu kerajaan dan rakyat dengan menyiarkan iklan.

Sehubungan itu beliau turut menggesa agar pihak Kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap stesen televisyen berbayar itu.
“Berdasarkan perjanjian, Astro tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (Ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka dibawa ke mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat.
Memetik laporan BNBBC, Bung berkata, Astro mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu dan menggesa, “Tutup sahaja Astro ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan).”

Terdahulu, beliau mengecam tindakan syarikat tersebut menaikkan bayaran RM5 baru-baru ini namun mutu perkhidmatan masih tidak baik selain mengulang siar program sama dan lama.

Kecaman Bung Moktar terhadap Astro turut mengundang usikan daripada Timbalan Speaker Ismail Mohamad Said yang mengusik: “Kinabatangan (Bung Moktar) tak bimbang kalau ada pelakon yang tak dibenarkan masuk Astro.”

Usikan itu merujuk kepada isteri Bung Moktar, Zizie Ezette yang juga merupakan pelakon dan terdapat juga dramanya turut disiarkan melalui stesyen tersebut.

Usikan Ismail itu menyebabkan ahli-ahli parlimen turut gelak tetapi turut dijawab sambil gelak oleh Bung Moktar, katanya “rezeki ada di mana-mana”

Sementara itu, ketika menjawab persoalan berkaitan Astro, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, iklan yang disiarkan hanya 10 minit untuk setiap sejam dan iklan merupakan satu yang universal bagi stesyen televisyen berbayar.
Categories:

2 ulasan:

  1. Jom jgn langgan Astro lagi Penipu cekik darah

    BalasPadam
  2. Kalau perjanjian tak boleh siar iklan. Maknanya tak boleh walau pun seminit. Ini tentu ada sesiapa yang dah masyuk ni

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping