Sabtu, November 29, 2014

PUNAH!!! Kalau budaya macam ni boleh meresap ke bumi Malaysia, memang jahanam la jawabnya. Tapi setakat hari ini, dah ada dah pihak yang cuba nak memperjuangkannya.

Nak pulak dari kalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Tu sebab la laporan tersebut disiarkan dalam laman portal Pro Yahudi, Merosakkini agar mendapat perhatian dikalangan Pencacai Pakatan.

Abdul Muiz Ghazali, Pensyarah Agama di Institut Studi Islam Fahmina (Isif) yang beroperasi di Cirebon, Jawa Barat mengakui dia pernah menikahkan seorang lelaki dengan mak nyah!

Dalam satu sesi wawancara bersama portal berkenaan, dia menyatakan sudi jadi jurunikah kepada pasangan songsang selepas mereka tampil menemuinya dan mengakui saling mencintai.

Lebih mengejutkan oleh kerana Indonesia tidak mengiktiraf pernikahan golongan sejenis, Muiz berkata, dia telah mengeluarkan sijil nikahnya sendiri buat pasangan terbabit.
“Kita ada catatan pernikahan yang kita buat sendiri, sekiranya ada masalah boleh jumpa saya semula.
Saya yang akan menceraikan nanti (jika pernikahan itu gagal mencapai kebahagiaan), disaksikan komuniti (LGBT), kerana soal nikah cerai itu harus ada pengakuan dari masyarakat.”
Entah mana syariat yang dirujuknya, Muiz menambah, “Islam tidak pernah melarang pernikahan berlainan jantina. Tetapi umat Islam ya, mereka yang larang, agama tidak.

Bagi menyokong dakwaannya, Muiz memetik sepotong ayat Al-Quran dari Surah Al-Imran ayat ke-14, yang menyebut bahawa Allah mewujudkan kecintaan terhadap apa-apa yang diingini sebagai kesenangan hidup.
“Merujuk surah ini, terdapat perkataan manusia boleh mencintai apa-apa yang dingini, jika perempuan mencintai perempuan (contohnya), ya, sudah kelihatan sejenis di sini, itu teks Al-Quran. Yang ada dalam al-Quran itu orang yang dianggap lelaki bukan dari jenis kelamin (aspek biologi),” katanya.
Singkap ‘kiyai’ ini lagi, sebelum ini dia tidak menerima golongan tersebut, namun berubah fikiran setelah dia melakukan kajian sendiri dan sanggup menyamar sebagai individu gelandangan untuk mendekati golongan transgender yang melacur di jalanan.
“Dari situ saya berpendapat bahawa transgender memerlukan tuhan cuma tidak jumpa jalan, misalnya dilarang ke masjid. Jadi saya ingin mendampingi mereka melalui agama,” katanya.
Lantas, dia mengambil keputusan untuk membawa golongan itu ke pesantren (sekolah agama) bagi mendekatkan golongan tersebut dengan ilmu agama yang sebenarnya.

Bukan menidakkan intuisi murni si ‘kiyai’ Muiz ini dalam usaha mendekatkan golongan mak nyah dengan Islam, namun pepatah ‘niat tidak menghalalkan cara’ amat sesuai menggambarkan senario tersebut.

Mana tidaknya, sudah terang lagi bersuluh bahawa sejarah Nabi Luth dan kaumnya yang mengamalkan orientasi seksual songsang telah dilaknat Allah S.W.T hingga diturunkan musibah. Takkan itu pun umat Islam ni masih buta dan tak nampak kot!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping