Sabtu, November 29, 2014

Walaupun usianya baru setahun jagung dan pengalaman dalam politik masih mentah, ia tidak menghalang gadis kecil molek ini untuk menceburi bidang yang penuh berliku.

Bagi Siti Nurhidayah Mohd Firdaus, pengetahuannya mengenai perjalanan politik negara mungkin cetek, tapi dia yakin penglibatan dan suara generasi muda sepertinya diperlukan sebagai pewaris kepimpinan masa depan.

Justeru menurut gadis berusia 22 tahun itu, dia tertarik dengan keterbukaan Umno, khususnya mengenai peluang yang diberikan parti itu kepada golongan muda sepertinya.

"Saya tertarik dengan Umno khususnya Puteri kerana mereka lebih dekat dengan belia. Golongan seperti kami diberi peluang untuk bersuara dan memberi pendapat.

"Walaupun masih muda, suara kami sentiasa didengari dan hak-hak kami diperjuangkan," katanya yang menganggotai Pergerakan Puteri Umno Bahagian Johor Baharu.
YB Dato Hajjah Mas Ermieryati, Ketua Puteri UMNO Malaysia
dikerumuni Mahasiswi - Mahasiswi penyokong UMNO
Ketika ditemui pada majlis pelancaran Sekretariat Mahasiswi Nasional (SWINAS) di Perhimpunan Agung Umno 2014, graduan jurusan undang - undang University of Tasmania itu optimis proses peremajaan Umno adalah pendekatan terbaik bagi memastikan kelangsungan politik parti itu yang kini berusia 68 tahun.

"Saya mula mengenali Umno ketika menyertai program Kelab Umno Luar Negara di Tasmania. Dari situ kami didedahkan dengan pelbagai maklumat dan yang paling penting idea-idea kami sentiasa diterima dengan baik.

"Malah pengenalan program latihan amali seperti Felo Perdana dan Mahasiswa Turun Parlimen adalah cukup bermakna khususnya bagi mendedahkan golongan muda dalam sistem pentadbiran," ceritanya dengan penuh bersemangat.
Ketua Puteri UMNO Malaysia menyampaikan
pesanan dan nasihat kepada Mahasiswi
Bercerita tentang pengalaman pertama kali menghadiri perhimpunan parti orang Melayu terbesar ini, Nurhidayah melahirkan keterujaannya khususnya apabila melihat semangat pejuang-pejuang Umno daripada genersi pertama dan kedua.

"Sangat teruja tengok makcik-makcik begitu bersemangat mendengar hujah dengan bersungguh-sungguh. Walau hanya duduk bersila dan menonton perbahasan melalui skrin, mereka tetap setia.

"Semangat seperti inilah yang saya kagumi dengan Umno dan membuatkan anak muda seperti saya mahu turut serta berjuang dengan parti ini dimasa akan datang," katanya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping