Sabtu, November 29, 2014

Diberi gelaran 'Ostazah Mee Segera' membuatkan beberapa orang dari kalangan puak - puak Parti Angguk Saja tu mula meroyan tak tentu arah dan keluarkan kenyataan yang bukan - bukan.

Tersindir dek ucapan yang dibuat oleh Dr. Mashitah Ibrahim sebelum ini, mereka dari kalangan puak - puak PAS tu mula memberi tindakan balas yang jelas tersinggung dengan ucapan tersebut.

Kata salah seorang pemimpin Muslimat (sebut Muslimut) PAS, tindakan Dr. Mashitah itu dilihat sebagai satu tindakan yang tidak wajar dilakukan dan ianya perlu dikecam oleh semua pihak.
"Tindakan berhijrah sepatutnya dialu-alukan. Apakah Mashitah ingin terus melihat artis-artis kita terus hanyut dengan dunia lalai dan hedonisme mereka yang tidak terkawal?" soal Mahani.
Begitu juga dengan luahan yang dinyatakan oleh Si Ostazah Ecah dalam laman media sosial Facebook miliknya semalam. Dia pun turut mengulas mengenai ucapan yang disampaikan oleh Dr. Mashitah.

Jelas Si Ostazah Ecah, apa yang dilakukan selama hari ini adalah untuk 'berkongsi pengalaman' yang dilalui ketika bergelar sebagai artis dengan mereka diperingkat bawahan.
"Jangan kecam niat baik kami, sama-samalah didik kami. Dakwah tanggungjawab kita bersama," katanya sebagaimana dipetik di laman Facebooknya.
Nampak sangat la yang diorang ni tak faham apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Mashitah tu sebelum ini. Buat ulasan pun main ikut serkap jarang je. Maklum la, orang mudah tersinggung.

Realitinya, Dr. Mashitah tu nak mengingatkan perwakilan agar tidak menjadi 'Ostazah Mee Segera' dengan mengeluarkan hukum - hukum terhadap orang lain sesuka hati mereka je tanpa ilmu.

Sebaliknya, mereka yang baru berhijrah tu sendiri perlu belajar hukum - hukum Islam dan memahami pengertian Islam tu sendiri. Bukan hanya menjadikan Islam tu sebagai alat untuk meraih Populariti Murahan.

Soalnya, apa hak diorang nak melabelkan orang lain 'Sesat' bila mereka tidak menyokong PAS? Siapa yang beri mereka kuasa untuk menentukan sama ada orang tu kafir atau pun tidak? 

Persoalan itu yang cuba dijelaskan oleh Dr. Mashitah. Perkara itu yang dilakukan oleh 'Ostazah - Ostazah  Mee Segera' yang sebelum ni POYO tak tentu arah dalam media sosial tu.

Kalau setakat baru dua tiga hari pakai tudung, dah memandai - mandai nak menjatuhkan hukum terhadap orang lain, adakah itu yang dinama sebagai 'Berhijrah'? Kalau macam tu, baik tak payah!!! Ramai artis lain yang pakai tudung, tapi tak de la buat perangai macam diorang!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping