Ahad, Disember 14, 2014

Nampak gayanya, mentaliti seorang Pelakon Lucah memang cukup terbatas sehingga dia GAGAL untuk mendefinasikan maksud sebenar KEADILAN yang diperjuangkan selama ini.

Bagi Si Ketua Penipu tu, Keadilan hanya wujud jika ianya menyebelahi dirinya semata - mata. Dalam erti kata lainnya, Keadilan hanya wujud untuk dirinya, bukan untuk orang lain.

Mungkin itulah maksud REFORMASI yang didambakan oleh Si Ketua Penipu tu sejak sekian lamanya. Bukannya Si Ketua Penipu tu berjuang untuk meREFORMASIkan Negara.

Apa yang jelas, Si Ketua Penipu tu hanya sekadar nak memperjuangkan KEADILAN yang memenuhi kehendak dirinya semata - mata. Bukan la dia berjuang untuk Keadilan rakyat.

Perkara itu dapat kita lihat dengan jelas dalam kenyataan yang dibuat terhadap pendedahan yang dilakukan oleh Si Chagubard sebelum ini berhubung Pengkhianatan Si Azmin dalam isu kedudukan Menteri Besar Selangor.

Si Ketua Penipu tu hanya anggap pendedahan yang dilakukan oleh Si Chagubard tu hanya sekadar untuk mengganggu tugas serta tanggungjawab Si Azmin tu sebagai Menteri Besar.

Sepatutnya, jika benar Si Ketua Penipu tu seorang pejuang Keadilan seperti mana yang digembar gemburkan sebelum ini, sudah pasti dia dapat membaca niat Si Chagubard tu.

Hasrat Si Chagubard tu membangkitkan Pengkhianatan yang dilakukan oleh Si Azmin tu sebelum ini hanya bertujuan untuk membangkitkan soal Keadilan didalam PKR sendiri.

Pendedahan yang dibuat bukan bertujuan untuk mengacau-ganggu tugas Si Azmin tu sebagai Menteri Besar. Sebaliknya, ia dilakukan untuk mempertikai sejauh mana Keadilan yang diperjuangkan oleh PKR.

Persoalan yang dibangkitkan oleh Si Chagubard berkaitan dengan tindakan disiplin yang sewajarnya diambil oleh kepimpinan parti terhadap Pengkhianatan yang dilakukan oleh Si Azmin tu.

Adakah PKR akan melepaskan Si Azmin tu begitu sahaja memandangkan dia kini sudah berjaya merampas kerusi Menteri Besar dengan cara menikam belakang Presiden PKR sendiri?

Bukti yang didedahkan sudah cukup untuk membuatkan PKR mengambil tindakan tegas terhadap Timbalan Presiden parti itu sendiri. Soalnya, mampu atau tidak PKR untuk melaksanakan Keadilan terhadap Azmin?

Jika PKR hanya membiarkan perkara itu begitu sahaja, maka benarlah dakwaan yang dibuat selama hari ini. PKR ni memang sebuah parti yang MUNAFIK kerana dipimpin oleh seorang MUNAFIK yang sanggup menipu demi kepentingan dirinya sendiri!!!

PS: Mungkin bagi PKR, Keadilan tu hanya ciptaan mereka sendiri. Maka sebab itu mereka mempergunakan Keadilan tu untuk menjaga kepentingan diri mereka sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping