Jumaat, Januari 02, 2015

Seorang juruterbang AirAsia didapati positif dadah selepas menerbangkan pesawat dari Jakarta ke Denpasar, lapor portal berita Indonesia, Tempo.

Memetik kenyataan Pegawai Khas Menteri Perhubungan, Hadi Mustofa Djuraid, juruterbang AsirAsia QZ7501 itu menerbangkan pesawat ‎dari Bandara Soekarno-Hatta ke Bandara Ngurah Rai di Denpasar, Bali.

Hadi berkata, penemuan itu berdasarkan ujian air kencing yang dilakukan Balai Kesihatan Penerbangan serta Direktorat Kelaikan Pengoperasian Pesawat Udara Kementerian Perhubungan di Bandara Ngurah Rai, pagi tadi.

Ujian mengesahkan positif dadah jenis morfin,” katanya seperti dilaporkan Tempo.

Menurut Hadi, pemeriksaan dilakukan sejurus selepas juruterbang itu yang dikenali sebagai FI mendarat paada pukul 8.50 pagi waktu tempatan. Katanya, FI diarahkan menjalani pemeriksaan lanjut di Pusat Kesihatan Penerbangan Kemenhub di Jakarta.

Menurut Tempo, Pegawai Perhubungan AirAsia Indonesia, Malinda Yasmin ketika diminta mengesahkan perkara itu enggan mengulas lanjut. Kami belum mendapatkan data lengkap,” katanya.

Presiden Indonesia, Joko Widodo pada 24 Disember lalu dilaporkan berkata, dadah memberi kesan buruk kepada masyarakat dan kesan yang timbul akibat penyalahgunaan ubat berbahaya amat buruk.

Beliau sehubungan itu menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan pengedaran dadah. Tida‎k ada maaf bagi penagih narkotik,” katanya.

PS: Herankan? Mula kata, 'Positif Morfin'. Lepas tu kata diorang masih tak dapat maklumat lengkap. Kalau tak de data yang lengkap, buat apa dia adakan sidang media? Patut tunggu laporan lengkap la baru buat sidang media!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Tak heran, kat indo sana byk pilot positif dadah, dah byk dibuang, yg mabuk masa bertugas pun ada, bayangkan lepas mabuk atau ambil dadah, pandu kapalterbang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping