Jumaat, Januari 02, 2015

Bagi sesetengah orang, maruah diri dan integriti itu merupakan satu perkara yang sangat penting bagi mereka. Maruah diri dan integriti itu melambangkan peribadi mereka sendiri.

Maka atas sebab itu mereka akan cuba sedaya upaya untuk melindungi maruah serta harga diri mereka sebaik mungkin dari sebarang tohmahan dan tuduhan yang bukan - bukan.

Bagi menjaga dan mempertahankan maruah diri sendiri itulah yang membuatkan pelakon 'Hot' macam Si Fazuran ni sanggup ambik tindakan undang - undang terhadap pihak yang berkenaan.

Katanya, sebelum ini Si Fazura tu telah dikaitkan dengan skandal berlakon dalam filem lucah yang turut disebarkan dalam laman media sosial. Ianya turut mengundang kontroversi.

Respon yang diberikan oleh Si Fazura dalam satu kenyataan media sebelum ini juga turut menjelaskan bahawa dia akan ambik tindakan perundangan disamping menafikan dakwaan tersebut.
“Saya tidak pernah terbabit dengan mana-mana video lucah. Saya juga mendapatkan nasihat undang-undang dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan,” tegasnya yang dipetik dari akhbar tersebut.
Malangnya, bagi sesetengah orang, harga diri dan maruah tu tak penting. Yang penting bagi mereka hanya kehendak untuk memenuhi nafsu Politik Peribadi mereka semata - mata.

Dan mungkin sebab itulah mereka takut nak ambik tindakan yang sewajarnya bagi melindungi maruah dan harga diri mereka dari dicemari oleh orang lain secara terang - terangan.

Jika nak dibandingkan tindakan yang dilakukan oleh Si Fazura ni, jelas ianya hanya sekadar memalukan seorang pemimpin seperti Si Ketua Penipu tu sendiri. Atau mana - mana pemimpin lain dalam Pakatan.

Kalau sebelum ini, Si Ketua Penipu tu pernah dikaitkan dengan satu adegan ghairah bersama seorang Chinadoll yang dipaparkan kepada umum oleh bekas sahabat baiknya sendiri.

Perkara itu didedahkan sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu. Namun sehingga hari ini, masih tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh Si Ketua Penipu tu atau mana - mana pihak yang berkaitan.

Jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Fazura ni jauh lebih bermaruah jika hendak dibandingkan dengan Si Ketua Penipu tu sendiri. Apa yang pasti, kalau maruah sendiri pun dia tak reti nak jaga, macam mana dia nak diberi kepercayaan menjaga maruah Negara!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping