#SaveYourDaraCampaign yang dianjurkan Majalah Dara.com di Karnival Karangkraf nyata memberi impak positif terutama kepada pengunjung yang hadir menyertai program tersebut.
Salah seorang peserta kempen, Nur Shahirah Ali berkata, program tersebut memberi manfaat terhadap remaja di luar sana dalam menjaga kehormatan diri.
“Kempen ini dapat menekankan kesedaran kepentingan memelihara pergaulan remaja khususnya kepada golongan pelajar sekolah agar terhindar daripada gejala sosial.
“Banyak yang ditekankan dalam penganjuran kempen ini. Remaja diberi kesedaran dan kepentingan cara pemakaian supaya tidak merangsang nafsu lelaki,” katanya ketika ditemui Sinar Online di perasmian Kempen Save Your Dara di Karnival Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
Sementara itu, seorang lagi pengunjung Nur Lia Muhd pula berpendapat, kempen Save Your Dara sepatutnya diadakan lebih awal kerana ia dapat memberi input yang baik di samping mendedahkan impak besar berkenaan keruntuhan moral remaja kepada anak-anak muda diluar sana.
“Kempen ini sepatutnya dianjurkan lebih awal dari sekarang agar dapat memberi kesedaran terhadap kesan gejala sosial kepada remaja. Jika kempen ini diadakan secara besar-besaran supaya remaja sekarang faham konsep pergaulan bebas dan seks bebas kepada anak-anak muda,” katanya.
Dalam pada itu, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19, Noor Zahidah Abdul Rahim, dan Noor Yusra Mohd Nasyaharudin, kempen yang dianjurkan oleh Dara.com ini memberi memupuk kesedaran tinggi mengenai kebebasan dan batas pergaulan untuk remaja sepertinya.
“Walaupun ini kali pertama kempen ini diadakan, banyak yang dapat dipelajari oleh pelajar saya dan rakan-rakan. Kalau ada lagi (kempen) tahun depan, saya dan rakan-rakan akan sertai lagi,” katanya.
Pelancaran Kempen Save Your Dara pada pagi ini disempurnakan oleh gimik perarakan oleh pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24, SMK Seksyen 16 dan SMK Seksyen 19.
PS: Bagu buat kempen macam ni dari kempen nak sentuh Anjing!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.