Sabtu, Januari 31, 2015

Gambar Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan dengan pistol terselit di pinggang seluarnya kini menjadi viral di Facebook. Gambar yang dirakam ketika kekecohan di luar ibu pejabat MIC Rabu lalu sewaktu ketegangan di antara pengawal keselamatan dan penyokong beliau.

Perbuatan itu menunjukkan seolah-olah Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu cuba untuk menakut - nakutkan pengawal keselamatan yang berkenaan secara halus.
“Sebenarnya itu (menakutkan pengawal) bukan niat saya. Baju kot saya terbuka sedikit dan menampakkan pemegang pistol.
“Saya memiliki pistol sejak 15 tahun dan tidak mengacukannya kepada sesiapa. Jadi macam mana saya nak ugut sesiapa?” katanya kepada portal berita The Malaysian Insider hari ini. Saravanan berkata, walaupun ada kawalan keselamatan polis, beliau menyimpan sepucuk Glock.
“Saya memperbaharui lesen setiap tahun dan meninggalkannya dalam kereta ketika menghadiri sebarang majlis,” katanya, sambil menambah beliau lupa untuk biarkannya dalam kereta pada hari berkenaan.
Ketika kejadian Rabu lalu, Saravanan menerima panggilan ugutan bunuh daripada seseorang tidak dikenali. Beliau melaporkan kejadian itu kepada polis.

Sebelum itu, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Saravanan dilarang memasuki ibu pejabat MIC oleh pengawal keselamatan.

PS: Heh! Kalau sebelum ini, dia mendakwa kononnya dia dapat surat yang dihantar oleh 'Gengster' yang diupah oleh pihak berkenaan. Tapi sekarang ni, siapa gengster yang sebenarnya? Takkan pulak 'Orang Biasa' boleh bawak pistol merata - rata!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping