Sama ada masuk akal atau pun tidak apa yang dinyatakan oleh sesetengah pihak sebelum ini, ianya tetap wajar dan perlu diberikan perhatian kerana kemungkinan itu masih lagi wujud.
Jika sebelum ini, ada pihak yang menyatakan bahawa Si Ketua Penipu tu gian menyerang Tun Daim dan membantu Datuk Seri Najib atas alasan mahu melepaskan dirinya sendiri.
Bagi mereka, Si Ketua Penipu tu sekarang ni cukup terdesak untuk melakukan apa sahaja demi memenuhi kepentingan Politik Peribadinya sendiri. Termasuk la bersekongkol dengan pihak lawan secara terbuka.
Si Ketua Penipu tu didakwa sedang mencari 'Leverage' untuk melepaskan dirinya dari tuduhan meliwat Si Mohd Saiful Bukhari tu. Jadi, mungkin sebab itu dia ambik tindakan sedemikian.
Tinggal lagi, adakah pentadbiran yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib bersedia untuk memenuhi kehendak dan kemahuan peribadi Si Ketua Penipu tu sendiri? Hendaknya, jangan la diorang terperangkap dalam jerat yang dipasang oleh Si Ketua Penipu tu!!!
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, untuk meminda pernyataan tuntutan dalam saman RM50 jutanya terhadap ketua pembangkang itu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas mendengar hujahan peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful dan Shahid Adli Kamarudin yang mewakili Anwar.
Zamri memberitahu media bahawa mahkamah memerintahkan Anwar memfailkan pernyataan pembelaan pindaan sebelum 23 Februari dan mahkamah menetapkan 13 Mac untuk pengurusan kes.
Pada 16 Januari lepas Mohd Saiful memfailkan permohonan untuk meminda peryataan tuntutannya itu bagi memasukkan butiran terperinci berhubung dakwaan fitnah oleh Anwar mengenai laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful mengenai kejadian liwat, enam tahun lepas.
Pada 23 Jun tahun lepas, Mohd Saiful, 30, memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM50 juta selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh Anwar.
PS: Kalau dah dasar Pembelit tu, Pembelit la jugak!!! seterusnya...
Bro,
BalasPadamKETUM bukan goyang la. Ahjibgor yang goyang bro. Dia memang kaki belit, satu donia dah tau. Ahjibgor yang kasi dia chance masuk TV bapak dia untuk belasah orang yang dianggap musuh dia. Jadi "perkakas" kalau meminjam kata KETUM.