Selasa, Februari 10, 2015

Maka Allah S.W.T makbulkan juga doa puak - puak PAS yang sebelum ini mahukan kebenaran ditegakkan diatas muka bumi dan menentang kebatilan yang berada didepan mata selama hari ini.

Dan memang betul sangat la keputusan Hadi Awang untuk memberikan arahan kepada ahli - ahli PAS supaya tidak mencampuri urusan dan melibatkan diri dalam kes Si Ketua Penipu tu.

Secara tak lansung, tercapai juga hasrat dan cita - cita Si Azmin Ali yang mahu puak - puak Pakatan menumpukan kepada agenda 'People Centric' serta melupakan agenda 'Anwar Centric'.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar Ibrahim selepas mensabitkan beliau di atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008.

Keputusan itu bermakna Ketua Pembangkang berusia 67 tahun itu terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh, jawatan Ketua Pembangkang serta kedudukannya sebagai Ketua Umum di dalam PKR.

Hukuman itu sekaligus akan memberi tamparan hebat kepada masa depan Pakatan Rakyat sendiri yang selama ini bersandar kepada kepimpinan Anwar untuk menyelesaikan pelbagai kelemut.

Panel lima hakim diketuai oleh Tun Arifin Zakaria mengekalkan hukuman lima tahun penjara itu yang dikenakankan oleh Mahkamah Rayuan, Mac lalu.

Dalam membaca penghakiman selama dua jam itu, Arifin  berkata panel hakim mendapati keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan Anwar adalah kukuh, manakala keterangan  Saiful adalah berwibawa.

Beliau berkata mahkamah tertinggi itu juga mendapati kredibiliti sampel DNA yang mendapati kehadiran sperma Anwar dalam dubur Saiful adalah kukuh untuk mensabitkan tertuduh di atas kesalahan itu.

Keputusan terhadap Anwar itu meletakkan tanda tanya terhadap kelangsungan Pakatan Rakyat yang sebelum ini menegaskan perjuangan pembangkang tidak terjejas walau Anwar di dalam penjara.

Bagaimanapun tanpa Anwar mengemudi hala tuju pakatan itu, kebimbangan utama adalah hubungan antara PAS dan DAP yang berlainan ideologi semakin rapuh akhir-akhir ini.

Ramai pihak berpendapat keputusan mahkamah hari ini akan mempercepatkan perpecahan Pakatan Rakyat.

Ratusan penyokong Anwar di luar mahkamah meluahkan rasa marah dan hampa dengan keputusan mahkamah dan menyifatkannya sebagai zalim dan berbaur politik.

Di dalam mahkamah, Anwar mengitar semula tuduhan-tuduhan itu dan mengenepikan arahan Arifin untuk berhenti melemparkan tuduhan terhadap badan kehakiman. 

Apabilan Anwar terus ingkar, lima hakim itu beredar ke kamar sebelum kembali untuk mengumumkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar dikekalkan. 
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Wira rakyat dalam menjatuhkan petualang ni ialah Ummi Hafilda,Khalid Jefrry bagi sodomi 1,dan Saiful bagi sodomi 2,kita kena berterima kasih pada mereka,keran berani menentang arus.Kalau mereka memilih utk kesenangan lebih baik mereka berdiam diri,kerana Anwar memang 'pemurah' dalam memberi habuan.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah....Allah swt memakbulkan doa dan permintaan puak PAS dan masyarakat bumi Melaya ini yang cintakan keamanan.

    BalasPadam
  3. Welcome to River Bamboo Inn

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping