Hari ini, sudah pastinya semua mata rakyat Malaysia khususnya sedang menumpukan perhatian ke arah bangunan Istana Kehakiman di Putrajaya. Tapi bukan kerana kecantikan seni binanya.
Sebaliknya, fungsi serta peranan yang dimainkan didalam bangunan tersebut bakal menjadi persoalan dan pertikaian dikalangan rakyat selepas dari hari ini biar apa pun keputusan yang akan diumumkan.
Ianya berkaitan dengan soal keadilan. Kepada siapa Keadilan itu benar - benar akan berpihak? Adakah kepada Si Ketua Penipu itu yang dituduh meliwat Bekas Pembantu Peribadinya sendiri?
Atau, adakah Keadilan itu akan berada dipihak Mohd Saiful yang menjadi mangsa kepada kerakusan nafsu Si Ketua Penipu tu sebelum ini? Hakikatnya, semua itu akan diketahui nanti.
Namun bagi puak - puak PAS, mereka beranggapan bahawa penglibatan secara terbuka dalam kes tersebut tidak sewajarnya wujud kerana ianya hanya isu peribadi Si Ketua Penipu tu sendiri.
PAS masih kekal dengan pandangan yang diberikan sebelum ini untuk tidak mencampuri urusan peribadi Si Ketua Penipu tu kerana ianya tidak melibatkan kepentingan serta kebajikan rakyat.
Jika kita lihat dari satu sudut, tindakan tegas Si Ketua Penipu tu yang menolak perlaksanaan Hukum Hudud PAS sebelum ini boleh dianggap sebagai satu khifarah buat dirinya sendiri.
ADUN (PAS) Sungai Limau menegaskan, sekiranya Si Ketua Penipu itu menyokong perlaksanaan Hukum Hudud sebelum ini, maka sudah pasti dia tidak akan berada dalam situasi seperti sekarang.
“Jika hudud dilaksana sejak dahulu, sudah tentu Anwar tidak akan dibelenggu dengan tuduhan itu secara berulang-ulang dan berpanjangan begini. Sudah tentu juga dia tidak akan menjadi penghuni Penjara Sungai Buloh. Ia soal keadilan.
“Keadilan hudud telah termaktub sejak 1,400 tahun lampau dan secara spontan kita sudah boleh menjangka kes seperti itu pasti ditolak syarak. Berbeza dengan yang dihadapi Anwar sekarang, tiada siapa dapat meletakkan kepastian terhadap keputusan beliau bakal terima,” terangnya.
Maka kesimpulannya mudah. Apa pun keputusan yang akan diumumkan kelak perlu diterima dan bukan hanya sekadar membuat dakwaan yang terhadap sistem Kehakiman Negara.
Sebaliknya Si Ketua Penipu tu serta konco - konconya perlu anggap ianya sebagai satu khifarah, balasan kerana bersekongkol dengan puak - puak Kafir Harbi menolak perlaksanaan Hukum Hudud PAS!!! Jangan setakat pandai nak salahkan orang lain je!!!
Pas memang bodoh,Hudud baginya seolah-olah utk menyelamatkan pelaku maksiat,ianya satu penghinaan kepada hukum Allah.Adun Pas Sg Limau wajib beristigfar.Ini lah sikap sebenar Pas yg berpura-pura utk melaksankan Hudu,kerana kefahamanpemimpin mereka mengenai Hudu amat lemah.Ketaksuban mereka kepada Anwar mengalahkan kesyumulan hukum Allah.
BalasPadamSaya setuju dgn saudara....itu maknanya tanda2 yg PAS tidak lama lagi akan mngunakan Hudud untuk membenarkan kemungkaran. Tahniah PAS atas apa yg anda kununnya berjuang selama ini.
BalasPadamanda tidak lain...penjenayah kepada Agama Islam! kami menjadi saksi
parti ajaran sesat PAS
Padamjika benar pas mperjuangkn islam rasenye sudah lama parti nie akan memerintah..Tapi Allah tahu pe yang tersirat disebalik perjuang itu...islam pada parti bkn pada dasarnye...sbb itu pas tidak boleh memerintah negara
BalasPadam