Jika sebelum ini, ramai yang melahirkan tanggapan skeptikal mereka terhadap tindak tanduk yang dilakukan oleh Si Azmin Ali tu ekoran beberapa pendedahan yang telah dibuatnya.
(Artikel berkaitan: Azmin Menunggu Hari Edah???)
Namun malangnya, pendedahan yang dibuat itu dengan pantas dilabelkan sebagai 'Pengkhianat' dan juga mereka yang cemburu dengan kedudukan Si Azmin Ali tu pada hari ini.
Ada yang kata, kerja - kerja pendedahan itu dibuat oleh kroni - kroni Khalid Ibrahim sebagai satu tindakan membalas dendam terhadap usaha untuk menjatuhkan Khalid yang direncanakan sebelum ini.
Bahkan, ada juga yang memberi alasan, Pengkhianatan Si Azmin itu telah mendapat 'restu' dari Si Ketua Penipu tu sendiri sebelum dia menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Walau apa pun alasan dan jawapan yang diberikan, ianya tidak mampu untuk meredakan pandangan skeptikal dari kalangan rakyat terutama ahli - ahli PKR sendiri terhadap Si Azmin tu.
Jika sebelum ini, diantara pendedahan yang masih lagi menjadi pertikaian dikalangan mereka ialah tindakan Si Azmin Ali tu merampas kedudukan Menteri Besar Selangor dari Wan Azizah.
Sekarang, timbul pulak pendedahan yang dibuat oleh Raja 'Tikus' Petra yang mendakwa kononnya SI Azmin tu yang menjadi dalang disebalik keGAGALan usaha mewujudkan 'Reformasi 2.0'.
Kata Si Raja Petra, Azmin enggan memenuhi tuntutan dari partinya yang mendesak agar Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin mengeluarkan dana sebanyak RM 100juta bagi tujuan tersebut.
“Terdapat khabar angin yang baharu bahawa Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, belum lagi mengesahkan untuk membantu membiayai pergerakan Reformasi 2.0, jadi Anwar telah menahan sokongan daripada Azmin dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu. Jika Azmin enggan mengeluarkan RM100 juta maka jawatan Ketua Pembangkang akan berpindah kepada orang lain."
Persoalannya, kenapa Si Azmin Ali tu bertindak sedemikian? Terdesak sangat ke dia nak menggantikan Si Ketua Penipu tu sebagai Ketua Pembangkang dan seterusnya menjadi 'Pewaris'?
Adakah Si Azmin tu sedang merencanakan gerakan untuk membolehkan dia merealisasikan penilaian yang dibuat oleh beberapa orang penganalisis sebelum ini dan menjadi calon Perdana Menteri?
Semua persoalan itu masih lagi menjadi tanda tanya dikalangan rakyat. Dan bagi ahli - ahli PKR sendiri, tindakan sedemikian tidak mustahil dilakukan. Sedangkan sebelum ini pun, Si Azmin tu berani tunjuk wajah yang sebenar dan mengkhianati Presiden partinya sendiri!!!
Pemangku Ketua Pembangkang atau sesiapa dilantik Ketua Pambangkang sudah tentu akan diremote dari Sg Buloh.
BalasPadamPembangkang memang tiada keupayaan setelah terlalu bergantung kepada AI. Mindset pembangkang sudah tepu arsenik AI. PR adalah cetusan AI.
PR perlu keluar dari bayangan hidup AI. AI telah gagal membawa PR kepersada memenangi PRU 12 & 13. Ini adalah fakta. Stail ceramah politik dipentas yang diangkat seperti hiburan menghentam orang lain sudah tidak populor dimasa kini.
Begitu juga program reformasi seperti tidak perlu memandangkan keterbukaan rakyat berfikir AI pembohong. Kegagalan prestasi AI melawan datuk Shafie Abdullah, pendakwaraya kes liwat II meninggalkan persoalan besar kepada kejatuhan kredibiliti AI sendiri.