Alahai, kesian betul! Tepuk dahi bila dengar cerita yang disampaikan ni. Memang sedih betul ceritanya. Ada jugak orang yang masih tak kenal dengan Si Mat Syabun tu ye? Sedih sungguh!!!
Tapi jangan salah anggap ye. Kita kesian, kita sedih bukan dengan Si Mat Syabun tu. Sebaliknya kita kesian dengan 'Budak' yang duduk dikaki lima tu. Malang sungguh nasib dia.
Punya la lama dia duduk kat kaki lima tu, takkan sampai hari ini pun dia masih tak kenal lagi dengan Si Mat Syabun, Timbalan Presiden PAS yang selalu lalu lalang depan dia setiap hari tu?
Nak kata 'Budak' tu buta, tak de pulak dilaporkan dia cacat penglihatan. Mungkin dia tak pernah cuba nak mengenali peribadi Si Mat Syabun tu sendiri kot. Maka sebab itu lah dia tak kenal.
Mana tidaknya. Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, 'Budak' yang duduk dikaki lima tu boleh pulak membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Mat Syabun tu sebelum ini.
Kata dia, anggap yang dibuat oleh Si Hadi Awang terhadap isu Pilihan Raya PBT yang dicadangkan oleh puak - puak DAPigs sebelum ini bukannya dilakukan atas dasar 'peribadi'.
Sebaliknya kata dia, keputusan yang dilakukan oleh PAS untuk menolak cadangan Pilihan Raya PBT yang dibuat oleh Rejim DAPigs Pulau Pinang itu adalah satu pendirian rasmi parti tersebut.
Malah 'Budak' tu juga turut menganggap bahawa ianya adalah satu tindakan 'malang' bagi pemimpin - pemimpin PAS yang enggan menerima dan difahami secara mendalam oleh mereka.
“Demokrasi jangan ditafsirkan sebagai jalan menuju keadilan melalui pilihan raya semata-mata atau menganggap ketidakadilan hanya boleh dihapuskan melalui pilihan raya semata-mata,” demikian yang dinyatakan dalam satu kenyataan semalam.
Dalam pada masa yang sama, 'Budak' tu jugak turut membangkitkan soal perlaksanaan Keadilan yang diamalkan oleh PAS adalah berteraskan kepada demokrasi dalam kerangka Islam yang lebih adil.
Soalnya sekarang ni, orang macam Si Mat Syabun tu peduli apa dengan Islam? Dia bukan kisah pun sama ada perlaksanaan Pilihan Raya PBT tu menurut ajaran Islam atau pun tidak.
Sebaliknya, pemimpin PAS macam Si Mat Syabun tu hanya sekadar mahu menjaga kepentingan Politik Peribadinya sendiri. Malah dia sendiri pun tak faham apa perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
Jadi, tak payah la 'Budak' macam Si Nik Abduh tu nak ajar Si Mat Syabun tu benda yang dia sendiri pun tak nak ambik tau. Sebaliknya dia sendiri perlu sedar, kalau PAS masih nak simpan orang macam Si Mat Syabun tu, memang jahanam la parti tu jawabnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.