Isnin, Februari 23, 2015

Apa gunanya jika pemimpin - pemimpin PAS ni hanya sekadar pandai melalak dan memekak tak tentu arah sedangkan mereka sendiri pun TAKUT nak ambik tindakan yang sewajarnya?

Hakikatnya, keBACULan PAS untuk bertindak lebih tegas terhadap mana - mana pihak yang jelas membelakangi dasar perjuangan parti itu sendiri yang menimbulkan seribu satu persoalan.

Biarpun berbuih - buih mereka ulang benda yang sama, namun perkara itu sudah pasti tidak akan dipedulikan lansung oleh orang lain. Serupa macam diorang ni menyalak pada bukit.

PAS buat la seminar, anjurkan Multaqa Ulama dan sebagainya tapi semuanya itu hanya satu tindakan yang sia - sia belaka. Takde faedah pun diorang mengabiskan masa bercerita pasal semua tu. 

Jadi, tak heran la kenapa ada dikalangan ahli - ahli serta pemimpin PAS sendiri yang tidak gentar untuk mengambil tindakan membelakangi dasar perjuangan parti itu secara terang - terangan.

Bagi mereka, kalau tindakan tersebut dilakukan sekali pun, mereka masih bebas untuk menjadi ahli dan seterusnya menjahanamkan PAS dari dalam. Apa yang mereka perlu takut?

Hari ini, PAS bercerita soal nak mencari keredhaan yang dianggap lebih penting dari memenangi Pilihan Raya Umum menentang Barisan Nasional. Tapi, ada ke sesiapa yang ambik peduli?

Ada ke dikalangan pemimpin - pemimpin PAS tu sendiri yang pandang berat soal nak mencari keredhaan demi untuk memenuhi kepentingan Politik Peribadi mereka selama hari ini?

Hakikatnya, dikalangan pemimpin - pemimpin PAS Liberal seperti Khalid Samad, Mujahid Rawa, Hatta Ramli dan sebagainya itu semua tidak melihat soal untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Apa yang penting bagi golongan seperti itu hanya untuk mengejar jawatan. Dan demi untuk mencapai hasrat tersebut, mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk mengkhianati perjuangan parti.

Jangan kata diorang ni nak mencari keredhaan Allah sedangkan mereka juga sanggup menyokong golongan kafir harbi yang jelas menentang Islam secara terbuka. Takkan itu pun PAS masih tak nampak?

Kesimpulannya, tak payah la PAS mengabihkan masa dengan bercerita soal nak mencari keredhaan ni jika mereka sendiri masih TAKUT nak ambik tindakan terhadap pihak yang mengkhianati perjuangan parti. Disimpan orang macam tu pun bukannya ada faedah!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. kasi bunyi kuat, baru orang tau mereka tu wujud. ulam mak kat dalam pas ni baru bunyi pasal dah tak ada tok guru mereka. orang luar tahu, nak kasi dewan ulam diam, berbaik ajer dengan tok guru mereka tu, pasal tok guru sanggup berkawan dengan syaitan asalkan musuh dan dendam itu tersemat dalam sanubari. sekarang baru bunyi kuat, tong kosong sedang dipalu dengan kuat. kemudian u-turn, air turn back, pusing balik. itu la kerja mereka. cakap tak serupa bikin.

    BalasPadam
  2. Kami adalah pengikut parti yg cakap x serupa bikin,mcm parti mic pun blh lebih kutang.Parti Pas kami bila2 masa nak kaput.he2..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping