Huh! Heran jugak kita dibuatnya. Kenapa pulak Si Menteri Besar Selangor ni tiba - tiba je menggelupor tak tentu arah bila ada pihak yang mendakwa dia pergi jumpa dengan Tun?
Apa salahnya kalau Si Azmin tu jumpa dengan Bekas Bos dia sebelum ini? Haram ke hukumnya? Berdosa besar sangat ke sampai terpaksa Si Azmin tu buat kenyataan sedemikian?
Adakah Si Azmin tu anggap tindakan dia berjumpa dengan Tun Mahathir tu satu kesalahan besar yang cukup besar? Adakah dia rasa terlalu bersalah sehingga membuat kenyataan tersebut?
Walhal, tindakan yang dilakukan oleh Si Azmin tu lebih teruk dari sekadar berjumpa dengan seorang Negarawan Ulung seperti Tun Dr. Mahathir Mohamed tu sendiri sebelum ini.
Bukan ke sebelum ini Si Azmin tu pernah didakwa telah menjadi 'Pengkhianat' kepada PKR kerana membelakangkan keputusan dan pendirian yang ditetapkan oleh partinya sendiri?
Bukan ke dia jugak yang menikam belakang Presiden PKR, Wan Azizah sewaktu kemelut jawatan Menteri Besar Selangor tu sedang hangat diperkatakan oleh rakyat diperingkat bawahan?
Bukan ke Si Azmin tu yang turut didakwa cuba melobi dirinya sendiri agar dapat merebut jawatan Menteri Besar Selangor tu dan menyingkirkan Khalid Ibrahim dari jawatan tersebut?
Hakikatnya, kesalahan yang dilakukan oleh Si Azmin yang didakwa mengkhianati parti itu jauh lebih besar dari dia pergi berjumpa dengan Tun Dr. Mahathir. Tapi takde pulak dia menggelupor.
Maka tak salah jika ada dikalangan rakyat yang membuat kesimpulan bahawa kenyataan yang dibuat Si Azmin tu sebelum ini ibarat macam dia 'Takut Pada Bayang - Bayang Sendiri'.
Dalam erti kata lain, Si Azmin tu terasa dirinya bersalah kerana telah mengkhianati Wan Azizah dan menghancurkan kepercayaan ahli dikalangan PKR sehingga membuatkan dia terpaksa buat kenyataan sedemikian. Sendiri cari penyakit beb. Sendiri tanggung la!!!
dia tak jumpa tun di london...dia cuma melawat kilang ice cream jer...nak ajak bukak cawangan kat selangor...blh jilat & kulum ice cream selalu.....
BalasPadam